Harian Metro

‘HANTU’ CYBER CITY

-

letak kenderaan di kawasan perumahan itu jam 9.30 malam.

Menurutnya, pihaknya turut merampas beberapa barangan di dalam beg suspek dan kenderaan Perodua Myvi berwarna hitam yang digunakan mereka.

“Hasil tangkapan dan siasatan membolehka­n polis menahan dua lagi anggota geng berkenaan yang bekerja sebagai penghantar makanan di sebuah rumah dalam lokasi sama beberapa minit kemudian.

“Suspek juga membawa polis ke tempat pembuangan sampah berhampira­n dipercayai menjadi tempat mereka melupuskan barangan curi.

“Sebanyak 14 barangan dirampas termasuk sebuah televisyen, mesin gunting rambut, telefon bimbit dan pasport serta kad pengenalan dipercayai milik seorang daripada mangsa pecah rumah dengan nilai rampasan keseluruha­n RM37,000,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Haris berkata, penahanan semua suspek berusia awal 20-an itu membolehka­n polis menyelesai­kan lima kes pecah rumah dan curi dalam bangunan di Cyber City sejak awal bulan ini.

Dalam sidang media sama, Mohd Haris berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 28 tahun dan merampas dadah jenis syabu seberat 50.5 gram dianggarka­n bernilai RM7,575 di sebuah hotel di sini, pada Isnin lalu.

“Siasatan awal mendapati suspek berperanan sebagai ‘runner’, manakala pemeriksaa­n air kencing menunjukka­n dia negatif dadah selain tiada rekod jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia