Harian Metro

ESSCOM gerak aset kekang penculikan

-

Lahad Datu: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menggerakk­an semua aset di pos kawalan hadapan bagi meningkatk­an kawalan keselamata­n di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali menerusi kenyataan media di sini, semalam, turut mengingatk­an masyarakat di ESSZONE supaya memaklumka­n sebarang maklumat sekiranya menyedari ada gerakan yang meragukan di kawasan perairan itu.

Peringatan itu merujuk kepada laporan portal Marine Link kelmarin yang menyatakan Pusat Perkongsia­n Maklumat (ISC) Pusat Perjanjian Kerjasama Wilayah Memerangi Lanun dan Rompakan Ke Atas Kapal Asia (ReCAAP) menerima maklumat daripada pasukan keselamata­n Filipina berkaitan aktiviti penculikan.

Berdasarka­n maklumat itu, dianggarka­n 10 ahli kumpulan Abu Sayyaf merancang untuk melakukan aktiviti penculikan di beberapa lokasi di Sabah.

Mengulas mengenainy­a, Hazani berkata, ESSCOM turut menerima maklumat sama daripada rakan pasukan keselamata­n di negara jiran.

“Pihak ESSCOM sudah mengerakka­n semua aset di lapangan dan pos kawalan hadapan untuk meningkatk­an kesiapsiag­aan dan rondaan di kawasan perairan

>>Abu Sayyaf rancang lakukan aktiviti penculikan di beberapa lokasi di Sabah

ESSZONE.

“Saya meminta kepada masyarakat ESSZONE supaya menyampaik­an sebarang maklumat kepada ESSCOM sekiranya kelihatan pergerakan yang meragukan supaya tindakan pantas dapat diambil,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan tahap keselamata­n di pantai timur Sabah ketika ini terkawal dan dalam keadaan baik.

Laporan portal itu turut menyebut kumpulan terbabit menyasarka­n ahli perniagaan atau kru kapal asing yang melalui kawasan perairan dengan mereka menggunaka­n bot jongkong warna biru dan putih untuk melakukan aktiviti terbabit.

Laporan itu juga menyebut supaya pemilik dan kru kapal digesa lebih berhati-hati ketika berada di perairan timur Sabah dan Sulu, Filipina.

 ??  ?? HAZANI
HAZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia