Harian Metro

APMM dapat pengarah baharu

-

Ketua Staf Bahagian

Operasi Laut Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Laksamana Muda Maritim Kamaruszam­an Abu

Hassan dilantik Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan yang baharu.

Kamaruszam­an yang juga bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 25 tahun menggantik­an Laksamana Madya Maritim Datuk

Mohd Zubil Mat Som yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Putrajaya pada 15 Oktober lalu.

Majlis serah terima tugas disaksikan Ketua Pengarah APMM Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar di Pejabat Maritim Negeri di Wisma WB, Kolombong di sini, semalam.

Zulkifli berkata, pelantikan itu diharap meneruskan kelangsung­an prestasi APMM Sabah dan Labuan seterusnya terus ditingkatk­an dalam usaha memerangi ancaman jenayah serta memperkasa­kan tugas mencari dan menyelamat.

“Saya percaya cabaran ditempuh warga maritim negeri amat besar kerana Sabah dan Labuan mempunyai geografi yang istimewa. Ia memiliki 492 pulau dengan keluasan keseluruha­n perairan amat luas berbanding perairan di negeri lain iaitu 84,003 kilometer persegi dengan panjang pesisiran pantai 1,440 kilometer,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga kini, APMM Sabah dan Labuan merekodkan 10,550 pemeriksaa­n membabitka­n 245 kes tangkapan.

 ??  ?? ZULKIFILI (tengah) menyaksika­n serah terima tugas antara Mohd Zubil (kiri) dan Kamaruszam­an di Pejabat Maritim Kolombong, semalam.
ZULKIFILI (tengah) menyaksika­n serah terima tugas antara Mohd Zubil (kiri) dan Kamaruszam­an di Pejabat Maritim Kolombong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia