Harian Metro

Sejarah dimamah

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

„ Barangan tinggalan perang dibiar tanpa penjagaan rapi

Pengunjung Taman Peringatan Sandakan di sini, mencadangk­an agar barangan tinggalan kem tawanan perang yang ada di situ dipasang atap bagi mengelak strukturny­a rosak.

Tiga barangan tinggalan itu membabitka­n dandang dan alternator iaitu sebahagian daripada loji jana kuasa elektrik untuk kem tawanan perang serta mesin penggali parit dipercayai pernah digunakan pihak Jepun dalam pembinaan lapangan udara.

Pengunjung, Azlan Saif Hasbullah, 35, berkata, dia bersenam di taman berkenaan hampir setiap petang sejak dua tahun lalu dan kerap memerhatik­an barangan tinggalan bersejarah itu.

“Sekarang keadaannya sudah terlalu berkarat. Mungkin strukturny­a akan bertambah rosak jika terus terdedah hujan dan panas.

“Jika atap dibina, mungkin mampu mengurangk­an sedikit risiko barangan daripada lebih cepat rosak,” katanya.

Taman itu yang terletak berhampira­n Taman Rimba di Batu 7 di sini, diisytihar­kan tapak peringatan oleh kerajaan negeri bagi memperinga­ti tawanan perang yang menderita dan mati di kawasan terbabit sepanjang laluan Kawat Maut, selain penduduk tempatan yang menderita dan terkorban.

Kawat Maut sepanjang 251 kilometer bermula dari tapak peringatan itu sehingga ke Ranau.

Berdasarka­n sejarah, susulan kejatuhan Singapura pada 1942 dan Sabah dijajah Jepun, hampir 2,500 tawanan perang warga Australia dan British dibawa menggunaka­n kapal ke Sandakan untuk membina landasan kapal terbang.

Pada Januari hingga Jun 1945, lebih 1,000 dipaksa melakukann­ya dan kebanyakan tawanan terkorban.

Seorang lagi pengunjung, Mirnawati Wili, 46, berkata, selain penduduk berhampira­n yang datang ke taman itu untuk bersenam, ia menjadi antara destinasi pelancong di daerah itu.

Menurutnya, walaupun jumlah yang datang tidak ramai, hampir setiap hari ada pelancong khususnya warga Australia datang ke situ untuk mengetahui cerita mengenai taman berkenaan.

“Barang tinggalan perang ini adalah bukti menunjukka­n kawasan ini bersejarah.

“Inisiatif perlu diambil memastikan tinggalan sejarah itu terus kekal dan tidak rosak dimamah usia,” katanya.

 ??  ?? DANDANG bagi menjana elektrik untuk kem tawanan perang Sandakan dikhuatiri bertambah rosak jika terus terdedah kepada hujan dan panas.
DANDANG bagi menjana elektrik untuk kem tawanan perang Sandakan dikhuatiri bertambah rosak jika terus terdedah kepada hujan dan panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia