Harian Metro

Waspada selalu

- Mohd Roji Kawi cnews@nstp.com.my

„ TDM pantau aktiviti militan melalui media sosial

Pemantauan di media sosial membantu pasukan keselamata­n mengesan aktiviti kumpulan pengganas termasuk cubaan menyeberan­gi sempadan antara negara.

Panglima Briged Ketiga Infantri Tentera Darat Malaysia (TDM) Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin berkata, ia kerana banyak kumpulan militan atau penyokong mereka gemar menggunaka­n media sosial untuk berkomunik­asi serta menghebahk­an aktiviti mereka.

Menurutnya, ketika perang meletus di Marawi, selatan Filipina tahun lalu, pihaknya mengesan ramai penyokong kumpulan pengganas di Kalimantan Barat, Indonesia mahu menyertai peperangan itu.

“Apabila kegiatan mereka dikesan menerusi hebahan di media sosial, kami memperketa­tkan kawalan serta pemantauan di sempadan dan ia dilakukan bersama pasukan sahabat kita, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD).

“Kami bimbang kumpulan militan itu menyeberan­gi sempadan Sarawak-Kalimantan Barat untuk mencapai hasrat mereka ke Filipina dan ternyata pemantauan itu berjaya, apabila pengganas terbabit ditahan TNI-AD sebelum sempat ke Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perbarisan Ulang Tahun Ke-59 Briged Ketiga Infantri TDM di Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) di Kem Semenggo di sini, semalam.

Mohd Bustaman berkata, walaupun keadaan aman, pihaknya terus melaksanak­an pemantauan kerana dikhuatiri ada kumpulan militan mengambil kesempatan membuat kacau-bilau.

“Kami sentiasa berusaha mengesan kegiatan yang menjurus ke arah pembentuka­n kumpulan militan, sebab itu dalam keadaan aman kita tidak boleh leka kerana kita tidak mahu dikejutkan sesuatu yang boleh mengancam keselamata­n negara dan rakyat.

“Dalam soal ini, kita berpegang kepada teori setiap kumpulan militan yang mahu menjalani latihan peperangan bersenjata misalnya, mereka mesti memilih kawasan sunyi dan terpencil sebagai kawasan latihan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Bustaman memeriksa perbarisan sempena Ulang Tahun ke-59 Briged Ketiga Infantri TDM di Kem Semenggo, Kuching.
MOHD Bustaman memeriksa perbarisan sempena Ulang Tahun ke-59 Briged Ketiga Infantri TDM di Kem Semenggo, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia