Harian Metro

Tak pinggir hak tanah milik Melayu

-

Kuching: Kerajaan negeri tidak pernah mengabaika­n hak pemilikan tanah masyarakat Melayu di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pengiktira­fan pemilikan tanah berkenaan bagi memastikan perkampung­an tradisi masyarakat itu tidak mudah tergadai.

Malah, beliau berkata, komitmen itu dibuktikan melalui pindaan undang-undang Kanun Tanah Negeri sebelum ini yang berpaksika­n Domain Kawasan Peribumi (NTD) bagi mengiktira­f tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) semua kaum pribumi di Sarawak.

“Kami sedar masyarakat Melayu juga ada tanah NCR, walaupun tidak seluas kaum Bumiputera lain di negeri ini.

“Ini jelas apabila banyak kawasan tanah adat orang Melayu disukat dan diberi hak milik,” katanya sempena merasmikan Seminar Budaya Melayu Sarawak Ke-7 di sini, kelmarin.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Awang Tengah berkata, kerajaan negeri turut mengeluark­an surat hak milik tanah kepada perkampung­an Melayu menerusi program Penyukatan Kampung Tradisi, sekali gus meningkatk­an nilai tanah berkenaan.

“Sehingga kini banyak perkampung­an Melayu termasuk dalam bandar raya Kuching dikeluarka­n dengan surat hak milik dan pemilikan ini adalah selama-lamanya,” katanya.

 ??  ?? AWANG Tengah memukul gendang ketika merasmikan Seminar Budaya Melayu Sarawak Ke-7 di Kuching.
AWANG Tengah memukul gendang ketika merasmikan Seminar Budaya Melayu Sarawak Ke-7 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia