Harian Metro

BANGKAI PESAWAT DITEMUI

Pihak berkuasa Indonesia minta keluarga mangsa bersabar

-

Sebanyak 34 beg berisi cebisan mangsa pesawat Lion Air JT610 yang terhempas dibawa ke Hospital Polis Kramatjati di Jakarta Timur tetapi polis memberitah­u proses untuk mengenal pasti mayat mungkin mengambil masa yang lama.

Ketua Pusat Kesihatan dan Perubatan Polis Indonesia, Arthur Tampi berkata, hingga petang kelmarin pasukan identifika­si mangsa bencana (DVI) mengumpul 147 sampel DNA dan 185 data ante-mortem daripada keluarga mangsa.

“Kami berharap keluarga mangsa bersabar pada waktu ini kerana sukar bagi kami untuk mengenal pasti anggota badan berbanding mayat yang lengkap,” katanya dalam satu sidang media di hospital berkenaan.

Arthur memberitah­u, proses untuk memadankan sampel DNA dengan anggota badan itu mengambil masa yang lebih lama berbanding proses pengecaman biasa menggunaka­n cap jari dan visual.

Tambahnya, polis memerlukan sekurang-kurangnya empat hari untuk memproses setiap sampel DNA. Mereka juga mengambil masa selama lapan hari untuk memadankan sampel itu dengan setiap anggota badan yang ditemui.

Beratus-ratus ahli keluarga mangsa datang ke hospital berkenaan untuk menyerahka­n sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa.

Seorang lelaki, Samsuri, 60, mengesat air matanya ketika memasuki pusat pengecaman di hospital berkenaan kelmarin.

Dia bersama isteri dan cucunya berharap dapat mengenal pasti anak perempuann­ya, Liany.

Liany dan suaminya, Herman serta anak lelaki mereka yang berusia lima tahun, Kenzo pulang ke kampung mereka di Sungailiat di Bangka Belitung selepas menghadiri majlis perkahwina­n rakan mereka.

“Kami masih menunggu dua lagi anak Liany untuk membawa dokumen diperlukan untuk mengenal pasti anak perempuan kami dan keluargany­a.

“Seorang anak Liany melanjutka­n pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Malaysia dan seorang lagi masih bersekolah di Bangka,” katanya kepada Jakarta Post.

Polis meminta keluarga mangsa datang ke hospital membawa dokumen seperti diploma sekolah, rekod pergigian dan perubatan serta barangan peribadi seperti berus gigi, sikat atau baju. - Agensi

 ??  ??
 ??  ?? IBU mangsa menunjukka­n gambar anaknya Muhammad Rafi, antara mangsa nahas kapal terbang. POLIS Lion Ai
IBU mangsa menunjukka­n gambar anaknya Muhammad Rafi, antara mangsa nahas kapal terbang. POLIS Lion Ai
 ??  ?? ANGGOTA pasukan penyelamat membawa mayat mangsa Lion Air
di sebuah pelabuhan di Jakarta.
ANGGOTA pasukan penyelamat membawa mayat mangsa Lion Air di sebuah pelabuhan di Jakarta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia