Harian Metro

SAMAN TEBUS AIB

- Mohd Iskandar Ibrahim dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Shahidan Kassim mungkin menyaman mereka yang menyebarka­n kes

cabul remaja bawah umur membabitka­n dirinya sedangkan keluarga gadis itu sudah menarik balik laporan polis.

Beliau meminta isu itu dihentikan demi maruah keluarga gadis berkenaan.

Keluarga nafi terima sogokan tarik

laporan tutup kes.

Polis Perlis tunggu keputusan dakwa

Shahidan atau tidak.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, tidak menolak kemungkina­n mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sengaja menyebarka­n kes cabul remaja bawah umur membabitka­n dirinya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan kehairanan­nya terhadap tindakan pihak terbabit walaupun keluarga remaja perempuan berkenaan menarik balik laporan polis dibuat.

“Saya akan berbincang dengan peguam mengenai tindakan boleh diambil terhadap pihak yang sengaja menyebarka­n berita itu.

“Saya pelik kenapa perlu sebarkan lagi kerana keluarga remaja itu menarik laporan polis.

“Kes itu ditutup, kenapa perlu dipanjangk­an pihak media dan pihak tertentu,” katanya pada sidang yang turut dihadiri peguamnya, Thalia Rohaina Abdul Latiff.

Shahidan menyerahka­n sepenuhnya kes terbabit kepada polis untuk menjalanka­n siasatan dan sedia memberi kerjasama diperlukan.

“Apa yang penting sekarang ialah maruah remaja terbabit dan keluargany­a. Jangan sebarkan lagi cerita ini.

“Saya tidak kisah jika ini hanya babitkan diri saya, tetapi ini membabitka­n maruah dan masa depan remaja berkenaan,” katanya.

Ketika kejadian, Shahidan mendakwa mengunjung­i tempat pertunjuka­n kumpulan buskers yang turut dianggotai remaja terbabit sebagai penyanyi untuk menyerahka­n sumbangan diminta mereka.

“Saya tiba jam 11.40 malam dan selepas menyerahka­n sumbangan kepada mereka, saya terus pulang.

“Malah, keluarga remaja itu juga berada berhampira­n kenderaan saya ketika itu.

“Esoknya, pengurus kumpulan busker itu bernama Azhar memberitah­u keluarga penyanyi kumpulan buskers

Kes itu ditutup, kenapa perlu dipanjangk­an

Shahidan „ Shahidan pertimbang tindakan undang-undang terhadap penyebar isu cabul

itu mahu berjumpa saya. Saya pergi jumpa mereka dan terkejut apabila diberitahu mereka membuat laporan polis terhadap saya atas dasar salah faham.

“Mereka juga memberitah­u menarik balik laporan terbabit.

“Saya tidak ambil hati kerana kami bermaaf-maafan dan saya pasti keluarga remaja itu memahami kerana saya menganggap kumpulan buskers ini sebagai anak dan cucu saya,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan, dilapor mendakwa wujud cubaan ‘menutup’ satu kes cabul remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang kenamaan, baru-baru ini.

Sanjeevan mendakwa remaja perempuan itu dicabul Ahli Parlimen berkenaan dalam sebuah kereta di Kangar, Perlis pada 20 Oktober lalu, namun belum ada tindakan diambil polis.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia