Harian Metro

ANAK PEKEBUN BOLOT ANUGERAH DIRAJA

- Nazri Abu Bakar cnews@nstp.com.my

„ Graduan bolot hampir semua anugerah pada konvokesye­n UiTM Saya tetap membantu bapa di kebun setiap kali pulang ke kampung walaupun menjelang peperiksaa­n”

Zainal Abidin Norhazam

Anak kepada seorang pekebun di Johor, terharu apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka ke-89, di Lendu, Alor Gajah di sini, semalam.

Lebih membanggak­an, Zainal Abidin Norhazam, 24, membolot hampir semua anugerah termasuk Anugerah Naib Canselor, Anugerah Siswazah Terbaik Fakulti dan Anugerah Terbaik Program, sekali gus membawa pulang RM8,000, pingat dan sijil penghargaa­n.

Anugerah disampaika­n Pro-Canselor UiTM Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad disaksikan Rektor UiTM Melaka, Prof Madya Datuk Sabariah Mahat.

Zainal yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Teknologi dan Pengurusan Peladangan (Kepujian) ketika ditemui berkata, dia tidak pernah menganggap status sebagai anak pekebun sebagai halangan untuk meraih anugerah yang tidak pernah dijangka sama sekali.

Katanya, sokongan ibu bapa, Norhazam Ismal, 53, dan Naimah Welo, 55, serta pensyarah dan rakan sekelas sentiasa melonjak motivasi buat dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Saya biasa belajar di mana saja sama ada di kolej atau masa terluang, termasuk ketika pulang ke kampung di Kampung Parit Stan, Benut, Johor.

“Malah, saya tetap membantu bapa di kebun setiap kali pulang ke kampung walaupun menjelang peperiksaa­n. Semua itu bukan halangan buat saya untuk belajar kerana sudah biasa membantu bapa di kebun sawit sejak kecil,” katanya.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, sentiasa memohon restu daripada ibu bapa, tidak meninggalk­an solat dan fokus di dalam kelas menjadi rahsia kejayaanny­a meraih anugerah itu.

Zainal turut berkongsi kegembiraa­n bersama isterinya, Nur Alia Mohammed Baharudin, 24, yang turut menerima ijazah daripada fakulti sama.

Sementara itu, Norhazam berkata, dia gembira dan terharu dengan kejayaan Zainal kerana pada awalnya anaknya itu enggan mengambil jurusan berkenaan disebabkan lebih berminat dalam bidang perakaunan.

“Namun, saya memberi galakan kepadanya untuk mencuba bidang ini (peladangan) kerana kehidupan yang dilaluinya sebelum ini mengutip biji sawit di kebun sejak berusia empat tahun.

“Saya juga memberitah­u, bidang itu jarang diterokai dan peluang untuk meraih kejayaan tetap terbuka dengan syarat perlu belajar bersungguh-sungguh,” katanya

 ??  ??
 ??  ?? ZAINAL Abidin bersama bapa, Norhazam, ibu, Naimah dan isteri, Nur Alia pada Istiadat Konvokesye­n ke-89 UiTM di Lendu, Alor Gajah, semalam.
ZAINAL Abidin bersama bapa, Norhazam, ibu, Naimah dan isteri, Nur Alia pada Istiadat Konvokesye­n ke-89 UiTM di Lendu, Alor Gajah, semalam.
 ??  ?? DR Arshad (tengah) bersama penerima Anugerah Naib Canselor.
DR Arshad (tengah) bersama penerima Anugerah Naib Canselor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia