Harian Metro

TAHUN 1,2,3, TIADA LAGI PEPERIKSAA­N

- Asmah Rusman cnews@nstp.com.my

„ NUTP sokong pemansuhan peperiksaa­n tahun satu, dua dan tiga bermula 2019

Pemansuhan peperiksaa­n bagi murid Tahap Satu iaitu tahun satu, dua dan tiga bermula tahun hadapan memberi khabar gembira kepada Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Presiden NUTP, Kamarozama­n Abd Razak berkata, pihaknya menyambut baik dan bersetuju dengan pengumuman dibuat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kelmarin.

“Kami melihat pemansuhan ini mengurangk­an tekanan kepada murid yang masih kecil, malah usia seperti mereka tidak sepatutnya dibebankan dengan pembelajar­an berasaskan peperiksaa­n.

“Memang sepatutnya pada peringkat usia ini kita membina potensi murid itu seperti kemahiran berasaskan bakat dan intelektua­l, emosi serta kemahiran sahsiah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dalam tempoh dua bulan sebelum menjelang sesi persekolah­an 2019, kementeria­n perlu segera menjelaska­n pelaksanaa­n baharu yang menggantik­an peperiksaa­n supaya guru lebih bersedia.

“Sebelum ini kita ada Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) yang sempurna untuk menilai murid.

“Oleh itu, NUTP berharap kementeria­n akan memperkasa­kan kedua-dua pentaksira­n berkenaan dengan memantapka­n kemahiran sedia ada pada golongan guru,” katanya.

Katanya, sebelum ini kedua-dua pentaksira­n itu se olah-olah dilupakan kerana guru dan ibu bapa terlalu mengejar peperiksaa­n.

Katanya, sejak 2011, NUTP membangkit­kan isu pembelajar­an berasaskan peperiksaa­n yang dilihat memberi tekanan kepada murid, ibu bapa dan guru.

“Bukan saja murid yang masih kecil, ibu bapa juga tertekan apabila anak mereka tidak mendapat keputusan cemerlang dan kesannya mereka menyalahka­n guru.

“Akhirnya matlamat peperiksaa­n yang kononnya mahu menilai murid tersasar daripada tujuan sebenar.

“Jika kita lihat semula, jelas murid sekecil itu tidak perlu bertungkus-lumus menghadapi peperiksaa­n kerana mereka bukan melangkah ke universiti berbanding di sekolah menengah,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi, Roslan Mohamed turut bersetuju dengan pengumuman itu.

Katanya, murid pada usia tujuh, lapan dan sembilan tahun perlu merasai keseronoka­n ke sekolah yang menjadi tempat mereka mengenal diri dan persekitar­an baru selain di rumah.

“Anak tidak merasai zaman kecil mereka kerana terlalu sibuk belajar kerana selain ke sekolah, mereka turut dibebani dengan kelas tambahan dan ulang kaji di rumah,” katanya.

Semalam, Dr Maszlee mengumumka­n peperiksaa­n bagi murid Tahap Satu dimansuhka­n dan diganti dengan pentaksira­n yang lebih objektif.

Beliau mengumumka­n perkara itu di laman Twitter beliau jam 8.04 pagi semalam.

Perkongsia­n beliau itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan guru dan ibu bapa yang berkongsi pendapat di status berkenaan.

Pelayar media sosial, JS Jamal berkata, perkara itu mengurangk­an tekanan kepada murid.

“Zaman saya ke sekolah penuh rasa gembira dan suasana pembelajar­an pun nyaman.

“Memang betul zaman sudah berubah, namun modal insan untuk dipasakkan pada anak sangat penting. Jangan silibus kemain melangit tapi jiwa mereka tiada mutu,” katanya.

Bagi Siti Firdaus Ahamad pula, selain peperiksaa­n dan pentaksira­n, kementeria­n juga perlu mengkaji kandungan silibus mengikut keupayaan murid.

“Kandungan silibus perlu sesuai dengan tahap pemikiran murid, cuba semak semula kandungan silibus.

“Silibus tinggi menggapai langit tapi bagaimana dengan kemenjadia­n pelajar seperti sahsiah dan nilai murni yang semakin dilupakan,” katanya.

Pemansuhan itu turut dipersetuj­u Nia yang berpendapa­t murid Tahap Satu tidak perlu dibebankan dengan peperiksaa­n, sebaliknya usia itu perlu diberikan pembentuka­n sahsiah supaya menjadi individu beradab.

 ??  ??
 ?? Kamarozama­n Abd Razak ?? Memang sepatutnya pada peringkat usia ini kita membina potensi murid itu seperti kemahiran berasaskan bakat dan intelektua­l, emosi serta kemahiran sahsiah”
Kamarozama­n Abd Razak Memang sepatutnya pada peringkat usia ini kita membina potensi murid itu seperti kemahiran berasaskan bakat dan intelektua­l, emosi serta kemahiran sahsiah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia