Harian Metro

‘Imam’ tolak bala

„ Upacara khurafat mandi di laut setiap Rabu sepanjang Safar

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Ratusan orang ramai dikesan menjalanka­n amalan khurafat dengan mengadakan upacara mandi di Pantai Pasir Putih di sini, pagi semalam, dipercayai untuk menolak bala.

Amalan yang menjadi kepercayaa­n sesetengah etnik itu mendapat perhatian pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan yang menjalanka­n Op Safar sejurus menerima maklumat mengenainy­a.

Ketua Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan, Romzi Rahman berkata, operasi itu disertai sepasukan petugas JHEAINS bagi menangani kepercayaa­n sesetengah etnik di daerah ini kononnya menolak bala dengan mandi di laut.

“Seorang ‘imam’ akan memandikan mereka di laut kononnya untuk menolak bala.

“Berdasarka­n maklumat, mereka menjalanka­n upacara itu setiap Rabu sepanjang Safar (kalendar) Hijrah ini.

“Oleh itu, kami terpanggil dan menyantuni mereka terus dalam memberi kefahaman sebenar.

“Alhamdulil­lah, kami mengadakan ceramah terus di lokasi agar mereka dapat mendengar dan memahami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Romzi berkata, aktiviti berkenaan bertentang­an syariat Islam dan bersyukur kerana mereka yang terbabit dapat menerima penjelasan diberikan.

“Mereka turut bersurai dan pulang apabila kami meminta mereka tidak meneruskan upacara berkenaan, Alhamdulil­lah.

“Pihak kami akan meneruskan operasi pada setiap Rabu dan sekiranya masih ada individu menjalanka­n kegiatan itu, tindakan mengikut undang-undang syariah akan diambil,” katanya.

Romzi berkata, orang ramai yang tahu atau terlihat berkaitan upacara itu boleh memaklumka­n kepada JHEAINS supaya ia dapat segera ditangani.

“Kami juga ingin perbetulka­n (dakwaan) tular di Facebook kononnya aktiviti khurafat itu turut membabitka­n penggunaan ayam dan darah ayam.

“Ia tidak sampai ke tahap itu, hanya dimandikan dan apa yang ditularkan itu tidak benar sama sekali.

“Selain itu, pihak kami ingin menafikan dakwaan yang tular kononnya kami tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti berkenaan,” katanya.

Pihak kami akan meneruskan operasi pada setiap Rabu dan sekiranya masih ada individu menjalanka­n kegiatan itu, tindakan mengikut undang-undang syariah akan diambil”

Romzi Rahman

 ?? FOTO: HAZSYAH ABDUL RAHMAN ?? ORANG ramai dipercayai menjalanka­n amalan khurafat dengan mengadakan upacara mandi di Pantai Pasir Putih, Sandakan bagi menolak bala.
FOTO: HAZSYAH ABDUL RAHMAN ORANG ramai dipercayai menjalanka­n amalan khurafat dengan mengadakan upacara mandi di Pantai Pasir Putih, Sandakan bagi menolak bala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia