Harian Metro

Lantik 2 akauntan bertauliah

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

„ Lapor kepada kementeria­n struktur baharu pertingkat sistem kewangan FINAS Kita akan mewujudkan satu sistem untuk memastikan sistem perakaunan dalam FINAS kukuh dan tidak membolehka­n sebarang ruang ketirisan atau kekurangan seperti mana kita lihat sekarang kerana jumlah terbabit dalam laporan Ketua Audit Negara ini sangat besar”

Gobind Singh Deo

Beberapa pembaharua­n dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan dilaksanak­an selepas pengumuman barisan ahli lembaga perbadanan baharu, minggu depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya bakal melantik akauntan dari syarikat bertauliah untuk mengkaji dan melaporkan kepada kementeria­n mengenai struktur kewangan baharu untuk meningkatk­an sistem kewangan serta akauntabil­iti FINAS. “Saya membawa cadangan kita lantik sekurang-kurangnya dua profesiona­l akauntan daripada syarikat bertauliah untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku dalam FINAS bagi memastikan

tiada lagi ketirisan, kehilangan dan masalah integriti serta akauntabil­iti.

“Kita juga melantik orang berpengala­man dalam undang-undang supaya boleh memberi cadangan bagaimana akta FINAS dapat dipinda dan diperbaiki.

“Kita juga akan mewujudkan satu sistem untuk memastikan sistem perakaunan dalam FINAS kukuh dan tidak membolehka­n sebarang

ruang ketirisan atau kekurangan seperti mana kita lihat sekarang kerana jumlah terbabit dalam laporan Ketua Audit Negara ini sangat besar,” katanya di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau berharap perbadanan baharu itu dapat mengemukak­an cadangan supaya penambah baikan dapat dilakukan dari aspek pentadbira­n dan sistem kewangan FINAS.

Terdahulu, Gobind membentang­kan laporan kajian Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan FINAS 2016 dalam Dewan Rakyat, semalam.

Gobind mendedahka­n, laporan

Ketua Audit Negara itu menghuraik­an 11 sebab sebagai asas kepada pendapat bertentang­an dengan Penyata Kewangan FINAS berkenaan.

“Saya memandang serius laporan Ketua Audit Negara ini kerana laporan Penyata Kewangan FINAS tidak memberi gambaran yang benar dan saksama adalah satu perkara yang sangat berat serta mematahkan integriti sistem kewangan FINAS.

“Laporan itu menunjukka­n sistem perakaunan Finas sangat lemah dan tidak boleh diterima selain tiada akauntabil­iti bagi jumlah wang yang besar seperti cukai pendapatan

RM6,213,623.14 dan RM3,246,004.49 bagi tahun taksiran 2006 sehingga 2015 serta RM2,126,710.32 bagi 2016.

“Ketepatan baki bank berjumlah RM11,539,633, baki pendahulua­n dan penghutang pinjaman RM2,446,092 dan RM3,043,356, penghutang sewaan sebanyak RM81,707 di mana identiti penghutang sewaan tidak dapat dikenal pasti,” katanya.

Harian Metro menerusi laporan eksklusif bersiri sejak 15 September lalu mendedahka­n ketirisan dana FINAS berjumlah RM16 juta sejak 2013 hingga 2015.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 13 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro, 13 Oktober lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 12 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro, 12 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia