Harian Metro

Kaji semula sistem perakaunan FINAS

-

Kuala Lumpur: Sistem per akaunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) lemah dan perlu dikaji semula supaya isu membabitka­n ketirisan dan masalah integriti tidak berulang pada masa depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, hasil laporan dikeluarka­n Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahka­n jumlah sebenar amaun wang pendahulua­n dana filem berikutan tiada rekod kemas kini baki debit dan kredit.

“Kalau kita lihat mereka yang terbabit dalam industri ini kerap kita dengar tidak cukup dana.

“Malah, ada antara mereka tidak dapat menanggung kos membuat satu filem sedangkan dalam masa sama kita lihat banyak wang disalurkan kepada FINAS, tetapi mereka tak boleh mengesahka­n apa yang berlaku kepada kewangan FINAS.

“Ini sangat serius apabila kita dapati wujud keraguan material ke atas kesaksamaa­n baki wang pendahulua­n filem berjumlah RM18,450,900 yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya di lobi Parlimen di sini, semalam.

Menurutnya, dana adalah satu aset sangat penting kepada industri perfileman negara dan perlu pastikan ia digunakan dan disalurkan kepada pihak yang wajar dalam keadaan adil dan saksama.

“Jika wujudnya kekurangan, ia membawa kesan buruk kepada industri, jadi ini mesti kita elakkan,” katanya.

Ditanya perkembang­an terkini siasatan dalaman FINAS berkaitan ketirisan dana berjumlah RM16 juta sepertiman­a dilaporkan, beliau berkata, perkara itu dalam perhatian pihaknya untuk dibawa kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

“Sudah dikemukaka­n kepada kita ada dua atau tiga perkara iaitu berkaitan dana filem ghaib dan permohonan dibuat pihak sama melalui syarikat lain sepertiman­a laporan pihak saudari (Harian Metro).

“Perkara itu akan kita bawa kepada SPRM untuk dapatkan satu keputusan sama ada perlu diambil tindakan atau tiada sebarang kesalahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia