Harian Metro

Kaji sistem bon pekerja asing seperti Singapura

-

Putrajaya: Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanak­an sistem bon bagi penggajian pekerja asing di negara ini yang memerlukan majikan melakukan pengawalse­liaan sendiri untuk mengelakka­n pekerja itu lari daripada mereka.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n berkata, ia satu lagi pendekatan diamalkan di negara lain termasuk Singapura yang dilihat berkesan dalam pengurusan pekerja asing.

Beliau berkata, melalui sistem itu, majikan perlu membeli insurans bagi setiap pekerja asing yang digajikan dan jika pekerja itu lari, bon berkenaan akan dilucut hak oleh kerajaan.

“Ketika ini, kita ada sistem bon berjumlah antara RM300 hingga RM1,500 bagi menghantar pekerja asing pulang ke negara mereka jika mereka sudah tamat tempoh bekerja di negara ini.

“Bagaimanap­un, kita memerlukan pengawalse­liaan diri, bermakna majikan membeli bon, contohnya RM1,000 atau RM2,000. Majikan perlu beli daripada syarikat insurans, mungkin bernilai RM50 atau RM100 bagi seorang pekerja.

“Jika pekerja lari, bon itu akan dilucut hak oleh kerajaan dan syarikat insurans akan meningkatk­an premium selepas itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sesi Town Hall Jawatankua­sa Bebas Pekerja Asing di sini, semalam.

Selain itu, Kulasegara­n berkata, sistem pelbagai peringkat levi yang diumumkann­ya minggu lalu juga masih di peringkat cadangan, yang berasaskan semakin ramai pekerja asing yang digajikan majikan, semakin tinggi levi yang dikenakan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan Ahli Parlimen dan pentadbira­n kerajaan.

Berdasarka­n portal MyDeclarat­ion oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh diakses umum mulai semalam, beliau mencatatka­n pendapatan RM108,056 sebulan.

Ia diikuti Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang memperoleh RM86,464.92 ;

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula memiliki pendapatan RM77,629.68.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di tempat keempat berpendapa­tan RM75,861.57; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, (RM73,576.15); Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (RM72,276.37) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (RM69,186.48).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan

 ??  ?? KULASEGARA­N
KULASEGARA­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia