Harian Metro

Pendapatan melebihi PM

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

„ Baru Bian peroleh RM108,056 sebulan

ke-13 dengan pendapatan RM59,048.33.

Selain itu, antara individu lain yang sudah mengisytih­arkan harta mereka adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, ketika dihubungi berkata, jumlah yang dipaparkan itu adalah jumlah pendapatan yang diterima oleh Ahli Parlimen saja, tidak termasuk ahli keluarga.

Katanya, jumlah itu termasuk gaji, elaun tetap, pendapatan diterima daripada sewaan seperti bangunan dan tanah dan lain-lain pendapatan yang diterima secara bulanan seperti gaji ahli lembaga pengarah.

“SPRM hanya menyediaka­n platform untuk Ahli Parlimen, apa sahaja maklumat yang diterima daripada mereka kami siarkan di portal berkenaan.

“Maklumat mengenai aset pula tidak didedahkan sehingga SPRM menerima keputusan mengenai perkara itu, SPRM hanya melaksanak­an, apa yang boleh atau tidak boleh ditunjukka­n adalah diputuskan oleh kerajaan,” katanya.

Setakat jam 10 malam tadi, seramai 85 Ahli Parlimen kerajaan sudah mengisytih­arkan harta mereka.

SPRM sebelum ini menunda dua kali pelancaran porta lMyDeclara­tion dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian kelmarin.

Difahamkan, mengikut standard antarabang­sa seperti dilakukan Kerajaan India dan Georgia, bukan sahaja menteri dan Ahli Parlimen, termasuk dari parti pembangkan­g diwajib mengisytih­ar harta, malah isteri, anak dan anggota keluarga mereka juga dikehendak­i berbuat demikian.

 ??  ?? GUAN Eng mempunyai pendapatan bulanan melebihi Tun Dr Mahathir.
GUAN Eng mempunyai pendapatan bulanan melebihi Tun Dr Mahathir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia