Harian Metro

Bentang peraturan dalam Parlimen

-

Kuala Lumpur: Satu peraturan bagi mewajibkan perisytiha­ran harta oleh semua Ahli Parlimen akan dimasukkan sebagai seksyen baharu, Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beliau berharap peraturan baharu itu dapat dibentangk­an dalam Parlimen tahun depan.

Katanya, dalam seksyen baharu itu nanti akan ditetapkan supaya semua Ahli Parlimen membuat perisytiha­raan harta dan mereka yang gagal berbuat demikian akan disiasat.

“SPRM sedang memperinci­kan perkara itu dan kami harap untuk persidanga­n Parlimen bulan Mac atau April tahun depan, ia dapat dibentangk­an,” katanya ditemui media selepas menghadiri Majlis Konvokesye­n Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali Ketujuh di Institut Latihan Dewan Bandaraya (IDB) di sini, hari ini.

Mohd Shukri berkata, peraturan perisytiha­raan harta itu adalah cadangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan Ahli Parlimen berintegri­ti dan tidak terbabit rasuah.

Katanya, SPRM hanya pelaksana dan memandangk­an ia tidak ada dalam Akta SPRM, maka sukar tindakan diambil pada masa ini.

“Berdasarka­n janji PH, perisytiha­raan harta perlu dibuat selepas tiga bulan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Jadi, Ahli Parlimen perlu isytiharka­n segera... kalau lambat akan jejaskan janji kerajaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia