Harian Metro

Cubit, pukul

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Pengasuh ‘tepek’ bedak tebal di muka selindung lebam bayi dua bulan jadi mangsa dera

Muka lebam dan luka pada bahagian tepi mulut. Itu nasib seorang bayi lelaki berusia dua bulan yang dipercayai didera pengasuh yang baru menjaganya dalam tempoh dua hari.

Ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Isha, 23, berkata, bayi itu dihantar ibunya ke rumah pengasuh berusia lingkungan 20-an yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak 22 Oktober lalu.

Katanya, rumah pengasuh itu terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka di Taman Equine, di sini.

“Pada hari kedua (23 Oktober lalu), saya memaklumka­n kepada kakak untuk mengambil anak saudara saya itu lebih awal. Namun dia memberitah­u pengasuh minta masa untuk siapkan anak saudara sebelum saya menjemputn­ya di rumah pengasuh jam 4 petang.

“Sebaik sampai, saya lihat anak saudara sudah diletakkan dalam dengan mukanya dipenuhi bedak dan kelihatan lemah. Pengasuh itu memberi alasan anak saudara saya mengantuk,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Isha berkata, sebaik tiba di rumah, kakaknya menyedari terdapat beberapa lebam pada pipi serta luka di tepi mulut anaknya itu.

“Saya dan kakak (ibu bayi) perasan terdapat pita pelekat berwarna hitam pada

terbabit puting bayi berkenaan. Apabila perkara itu ditanyakan kepada pengasuh terbabit, dia kata puting itu rosak dan menyebabka­n mulut kanak-kanak berkenaan luka.

“Malah dia menafikan terdapat lebam sepanjang menjaga anak saudara saya itu. Kami (bersama kakak) kemudian membawa bayi itu ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengesahka­n lebam itu dipercayai kesan pukul dan cubitan kuat,” katanya.

Katanya, berdasarka­n laporan pihak hospital terbabit, kakak Isha membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berhubung kejadian itu pada 24 Oktober lalu.

“Saya dimaklumka­n oleh kakak bahawa pengasuh terbabit tidak dapat dihubungi sehingga kini. Malah, pihak polis memaklumka­n dia tiada ketika mereka pergi ke rumah wanita terbabit.

“Ketika ini, keadaan anak saudara semakin baik. Cuma buat masa ini, kakak terpaksa bercuti untuk menjaga anaknya sementara mencari pengasuh baru,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan ketika dihubungi, di sini, mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan sedang melakukan siasatan.

 ??  ?? BAYI lelaki berusia dua bulan yang dipercayai dipukul dan dicubit pengasuhny­a di Taman Equine, Serdang, 23 Oktober lalu.
BAYI lelaki berusia dua bulan yang dipercayai dipukul dan dicubit pengasuhny­a di Taman Equine, Serdang, 23 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia