Harian Metro

‘Terpaksa kupujuk’

-

„ Suami beri dorongan kepada Elyana teruskan rawatan radioterap­i di hospital

lemah semangat sejak menjalani rawatan itu, minggu lalu.

“Setakat hari ini (semalam) Elyana baru buat empat kali rawatan. Dia ada enam kali lagi. Selepas dibenarkan keluar hospital Jumaat lalu, dua hari dia tak buat.

“Kemudian, dia sambung semula pada Isnin dan berhenti lagi dua hari. Petang tadi (semalam) baru dia buat lagi. Setiap kali selepas rawatan dia mengadu sakit dan loya. Malah, dia juga berasa

dan agak tertekan dengan komen netizen di laman sosial.

“Setiap hari saya pujuk untuk teruskan rawatan ini. Doktor juga akan menghubung­i dan minta saya pujuk supaya dia datang juga buat rawatan. Elyana kena habiskan juga 10 sesi rawatan ini,” katanya.

Menurut Khairul, sepanjang rawatan itu Elyana terpaksa menggunaka­n tongkat bagi memudahkan pergerakan­nya.

“Alhamdulil­lah, keadaan Elyana sekarang ada sikit perubahan. Cuma, dia masih gunakan tongkat untuk berjalan sebab masih sakit.

“Memandangk­an kanser dihidapi sudah merebak ke bahagian saraf, jadi rawatan itu memang fokus pada bahagian pinggang. Ia adalah tempat penting, jika tidak Elyana boleh lumpuh.

“Saya berharap selepas rawatan ini dia boleh berjalan seperti biasa sebelum menjalani rawatan lain seperti disarankan doktor,” katanya.

Khairul berkata, buat masa sekarang Elyana mengambil pendekatan untuk menutup sementara akaun Instagram dan menjauhkan diri daripada telefon bimbit.

“Saya tahu dia tutup Instagram, tapi saya tidak mahu bertanya. Tindakan itu sekurang-kurangnya menghindar­kan dirinya daripada ‘gangguan’ pengguna laman sosial.

Dia juga sudah jarang memegang telefon bimbit,” katanya.

 ??  ?? ELYANA
ELYANA
 ??  ?? KHAIRUL
KHAIRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia