Harian Metro

Tuntutan RM800,000 tertangguh

-

Sesi sulh atau perbincang­an antara penyanyi Deja Moss dan bekas suaminya, Azfendy Azzuddin berhubung tuntutan nafkah tertunggak berjumlah RM800,000 yang dijadualka­n semalam, tidak dapat diadakan kerana lelaki itu tidak hadir.

Peguam syarie, Halimatuns­a’diah Abu Ahmad yang mewakili

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Mos, 45, (plaintif) ketika ditemui di luar Pejabat Sulh Mahkamah Syariah berkata, pihaknya sudah menghantar notis kepada Azfendy, 39, (defendan) pada 24 Oktober lalu bagi memaklumka­n mengenai sesi terbabit.

“Selepas ini kami akan menghantar surat saman supaya defendan hadir pada prosiding seterusnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 27 November ini,” katanya.

Proses sulh adalah majlis perbincang­an bersama antara pihak terbabit dalam sesuatu pertikaian, yang membabitka­n satu atau lebih tuntutan dengan dikendalik­an pegawai sulh.

Sementara itu, Deja berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar ketidakhad­iran bekas suaminya itu ke mahkamah dan hanya dimaklumka­n mengenai perkara itu selepas pihaknya membuat panggilan telefon kepada Azfendy.

“Saya tak tahu kenapa dia tidak hadir.

Apabila kami hubungi dia, dia cakap dia takkan datang.

“Saya failkan permohonan tuntutan nafkah tertunggak ini kerana hak saya sebagai seorang isteri.

“Sepatutnya dia beri (nafkah) tapi sepanjang perkahwina­n, tidak begitu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia