Harian Metro

Pegawai bank pun kena tipu

-

„ Wanita kerugian RM1,960 diperdaya sindiket tawar pinjaman wang tidak wujud

Seorang wanita yang juga pegawai bank kerugian RM1,960 selepas diperdaya sindiket yang menawarkan pinjaman wang tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada 15 Oktober lalu, mangsa berusia 38 tahun menerima mesej daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Mr Nithyanadh­an, wakil daripada syarikat Maju Jaya Sdn Bhd yang menawarkan pinjaman peribadi.

Beliau berkata, selepas perbincang­an, suspek menawarkan pinjaman peribadi RM30,000 dengan kadar bayaran bulanan RM356.89 selama 10 tahun.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju dengan tawaran dan suspek menetapkan beberapa syarat untuk kelulusan pinjaman.

“Mangsa diminta membuat beberapa pembayaran termasuk upah peguam, keselamata­n akaun, duti setem dan bayaran perkhidmat­an,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mangsa melakukan empat transaksi pada 26 Oktober lalu ke akaun yang diberi suspek.

“Suspek memaklumka­n wang pinjaman akan dimasukkan selepas mangsa membuat pembayaran

RM2,178 untuk bayaran insurans, namun mula curiga sebelum membatalka­n pinjaman.

“Selasa lalu, mangsa cuba menghubung­i suspek untuk meminta wang dikembalik­an namun talian itu sudah disekat dan gagal dihubungi. Mangsa melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, semalam (kelmarin),” katanya.

Mohd Wazir berkata, keterangan mangsa sudah direkodkan manakala identiti suspek sudah dikenal pasti.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia