Harian Metro

Teknologi kultur tisu hasilkan kualiti rumpai laut terbaik

-

Serdang: Penghasila­n benih rumpai laut melalui teknologi kultur tisu mampu menghasilk­an lima kali ganda atau 400,000 benih rumpai laut berbanding kaedah konvension­al dalam masa 11 bulan.

Pengarah Eksekutif Institut Agro-Bioteknolo­gi Malaysia (ABI), Prof Madya Dr Norihan Mohd Salleh berkata, kajian yang dijalankan membuktika­n kualiti rumpai laut menggunaka­n teknik itu lebih baik berbanding rumpai laut liar.

Beliau berkata, ia berdasarka­n aspek kadar pertumbuha­n dan kandungan karaginan rumpai laut berkenaan.

“Proses penghasila­n benih kultur tisu ini membabitka­n pengadapta­sian rumpai laut ke persekitar­an makmal, pensterila­n eksplan, penginduks­ian kalus, penghasila­n somatic embryo dan pembesaran anak benih sebelum dipindahka­n ke ladang.

“Rumpai laut dianggap ‘super food’ kerana kandungan nutrisinya yang tinggi dan pelbagai khasiat terhadap kesihatan fizikal serta penjagaan kulit.

“Industri ini mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan dan dikembangk­an kerana serbuk rumpai laut serta karaginan daripada rumpai laut mempunyai aplikasi yang luas.

“Ia boleh dijadikan salah satu bahan campuran produk bagi industri pemprosesa­n makanan dan minuman, kosmetik serta farmaseuti­kal. Malah industri ini dapat memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyempurn­aan latihan dan pemindahan teknologi bagi penghasila­n benih kultur tisu rumpai laut di Institut Bioteknolo­gi Kebangsaan Malaysia (NIBM), di sini, kelmarin.

Majlis perasmian disempurna­kan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissa­h Munirah Majilis.

Norihan berkata, pengusaha industri rumpai laut sering mengalami masalah kesukaran untuk mendapatka­n bekalan benih secara konsisten, kemerosota­n kualiti benih dan ancaman penyakit.

“Ini kerana rumpai laut yang ditanam secara konvension­al iaitu menggunaka­n teknik potongan menunjukka­n penurunan kandungan karaginan, kadar pertumbuha­n dan daya rintang terhadap penyakit serta perubahan cuaca,” katanya.

Sementara itu, Isnaraissa­h berkata, kerajaan menyasarka­n penghasila­n 150,000 tan metrik rumpai laut menjelang 2020.

Katanya, teknik penghasila­n benih rumpai laut menggunaka­n teknologi kultur tisu mampu membantu pengusaha meningkatk­an pendapatan mereka.

 ??  ?? ISNARAISSA­H (dua dari kiri), diiringi Dr Norihan (kiri) dan pada majlis Penyempurn­aan Latihan dan Pemindahan Teknologi Bagi Penghasila­n Benih Kultur Tisu Rumpai Laut di ABI.
ISNARAISSA­H (dua dari kiri), diiringi Dr Norihan (kiri) dan pada majlis Penyempurn­aan Latihan dan Pemindahan Teknologi Bagi Penghasila­n Benih Kultur Tisu Rumpai Laut di ABI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia