Harian Metro

Memang serupa

- Nazri Abu Bakar cnews@nstp.com.my

„ Rakan sekelas tak kenal antara cabaran kembar seiras di UiTM Lendu

Tersilap orang, dipanggil dengan nama berbeza, malah tidak dikenali rakan sekelas adalah perjalanan sukar buat pasangan kembar seiras sehingga mereka menamatkan pengajian.

Masalah rakan keliru dengan mirip wajah, selain pensyarah turut tersilap memanggil nama menjadi cabaran buat pasangan Abdul Afeeq Kasim dan adiknya, Abdul Azeem masing-masing berusia 25 tahun.

Kedua-dua mereka yang menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Lukis dan Seni Reka pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka ke-89, di Lendu, Alor Gajah, di sini, semalam mengakui mengharung­i perjalanan harian yang sedikit merungsing­kan pada awal pengajian di universiti itu.

Abdul Afeeq berkata, walaupun mengalami kesukaran pada awalnya, namun mereka sudah biasa dengan perkara itu dan sering ketawa sendirian atau bersama.

“Apa pun semuanya berjalan dengan baik dan akhirnya kami berdua berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah.

“Mirip wajah, kulit, senyuman, suara dan ketawa yang hampir sama menyebabka­n rakan memanggil kami dengan nama Afeeq Azeem.

“Keadaan itu menyebabka­n kami menyahut saja (panggilan nama) hingga saya dan adik kekal dengan panggilan itu hingga tamat pengajian,” katanya kedua-dua mereka dilahirkan dengan tempoh perbezaan hanya 27 minit.

Sementara itu, ibu pasangan kembar berkenaan, Arba’iyah Mohd Khairan, 60, turut mengakui keliru dengan wajah kedua-dua anaknya itu terutama ketika mereka tidur.

“Jadi, tidak hairanlah rakan mereka di kampus juga tersilap untuk mengecam Abdul Afeeq dan Abdul Azeem ini,”katanya yang kematian suami sejak sembilan tahun lalu.

 ??  ?? ABDUL Afeeq dan Abdul Azeem bersama ibu mereka Arba’iyah, semalam.
ABDUL Afeeq dan Abdul Azeem bersama ibu mereka Arba’iyah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia