Harian Metro

Kereta buruk sarang tikus

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Kenderaan rosak tersadai undang masalah sampah

Kawasan berhampira­n Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin di Jalan Jinjang Permai, di sini, dikesan menjadi lokasi pilihan penduduk meletakkan kereta buruk sehingga tersadai dalam tempoh lebih setahun.

Penduduk di kawasan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 50-an berkata, dia pernah membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai kereta tersadai di lokasi terbabit.

Katanya, kawasan berkenaan dijadikan tempat meletak kenderaan oleh penduduk PPR itu termasuk kereta rosak yang tersadai beberapa tahun.

“Kawasan ini dekat

PPR. Penghuni PPR letak kereta mereka di kawasan ini. Bila kereta rosak, mereka biarkannya tersadai.

“Malah, ada yang dibiarkan beberapa tahun menyebabka­n saya membuat aduan kepada DBKL untuk ambil kenderaan itu sebab rimas dengan keadaan kotor,” katanya, di sini, semalam.

Katanya, kereta buruk yang tersadai menyebabka­n kawasan berkenaan kotor dan dipenuhi sampah-sarap.

“Boleh tengok sampah bersepah berhampira­n kereta itu sejak lebih setahun diletakkan di sini. Macam-macam sampah ada.

“Kawasan ini banyak tikus kerana ada banyak sampah berhampira­n kereta itu,” katanya yang turut melihat beberapa anggota penguat kuasa DBKL menunda Proton Saga yang tersadai di lokasi berkenaan.

Seorang lagi penduduk hanya mahu dikenali sebagai Fong, 70, berkata, dia pernah melihat lelaki meletakkan kereta rosak di tepi jalan berhampira­n rumahnya menggunaka­n kereta tunda sebelum ini.

“Saya rasa lelaki itu penduduk PPR berkenaan yang meletakkan keretanya yang rosak kerana tiada tempat letak kereta di perumahan terbabit.

“Kawasan ini sentiasa ada banyak kereta. Ada kereta bersilih ganti masuk, ada juga kereta sama yang diletakkan dalam tempoh lama sehingga bertahun-tahun,” katanya. Seorang anggota Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) cedera ketika cuba menyelamat­kan diri selepas seorang ahli kumpulan sindiket pembalakan haram bertindak agresif cuba melanggar pasukan serbuan dengan jengkaut, semalam.

Dalam kejadian jam

4.30 pagi di Hutan Simpan Sekayu, Hulu Terengganu, lelaki yang dikenali sebagai Koding bersama tiga lagi rakannya mengalihka­n balak yang ditebang menggunaka­n jengkaut sebelum didatangi sembilan pegawai dan anggota JPNT.

Pengarah JPNT Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, sebaik memperkena­lkan diri sebagai pegawai JPNT, seorang daripada lelaki yang memandu jengkaut berkenaan tiba-tiba bertindak agresif dengan menghayunk­an mata jentera berat itu ke arah pasukan serbuan.

Menurutnya, pasukan serbuan sempat menyelamat­kan diri bagi mengelak tercedera tetapi seorang daripada mereka terjatuh apabila kakinya tersadung kayu di lokasi kejadian dan cedera.

“Berikutan tindakan suspek itu, keempat-empat ahli kumpulan sindiket pembalakan hutan berkenaan melarikan diri.

“Pasukan serbuan merampas jentera berat berkenaan yang dianggarka­n bernilai RM100,000 dan 16 kayu balak bernilai RM20,000.

“Anggota yang tercedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan sebelum laporan berkaitan kejadian dibuat pasukan serbuan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN buruk ditinggalk­an pemilik yang tidak dapat dikesan.
KENDERAAN buruk ditinggalk­an pemilik yang tidak dapat dikesan.
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa DBKL menunda kereta buruk yang tersadai di Jalan Jinjang Permai.
ANGGOTA penguat kuasa DBKL menunda kereta buruk yang tersadai di Jalan Jinjang Permai.
 ??  ?? Metro, semalam. LAPORAN Harian
Metro, semalam. LAPORAN Harian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia