Harian Metro

Angkat mayat budak reput

-

Kuala Nerus: “Pengalaman mengangkat lapan mayat termasuk seorang kanak-kanak reput dan berbau menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan sepanjang mengikuti operasi di Palu,” kata anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) Kapten (PA) Mohd Nizu Husin.

Mohd Nizu yang menjadi anggota tunggal Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu terpilih mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaa­n Mangsa Bencana di Palu, Sulawesi pada 14 hingga 25 Oktober lalu.

Menurutnya, dia bertuah dan berterima kasih kepada APM kerana memilihnya untuk menjayakan misi itu, sekali gus memberinya pengalaman baru.

“Selama 14 tahun berkhidmat dalam APM, saya pernah terbabit dengan pelbagai operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitka­n bencana di negara ini.

“Bagaimanap­un, bencana Palu memberi pengalaman dan ilmu baru serta boleh dimanfaatk­an pada masa akan datang.

“Saya tidak pernah melihat kesan bencana seteruk di Palu, operasi menyelamat dijalankan berdepan cabaran berlainan berbanding sebelum ini,” katanya pada majlis Penghargaa­n APM Negeri kepadanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersama 16 anggota APM dari seluruh negara dan 40 ahli sukarelawa­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terbabit menjayakan misi berkenaan.

“Sepanjang berada di sana, kami masih merasai gegaran susulan berskala kecil di kawasan Palu.

“Perasaan bimbang jangan cakaplah, malah kami sentiasa ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Mohd Nizu berkata, difahamkan lebih 1,000 mangsa yang ditimpa runtuhan rumah dan pergerakan tanah masih dalam proses dikeluarka­n di kawasan Petobo.

“Sepanjang berada di sana, anggota APM diberi kebenaran menyertai operasi SAR bersama pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolonga­n (BASARNAS) Indonesia dan ia penghormat­an kepada warga APM,” katanya.

Sementara itu, Pengarah APM Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, pihaknya berbangga dengan pemilihan anggota PASPA negeri itu menyertai misi berkenaan.

“Kami harap Mohd Nizu menjadi pemangkin kepada pegawai dan anggota lain untuk berkhidmat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Mohd Nizu menjadi anggota pertama terpilih menyertai misi di luar negara dalam tempoh enam tahun berdasarka­n prestasiny­a,” katanya.

 ??  ?? MOHD Nizu (kiri) menerima penghargaa­n daripada Che Adam, semalam.
MOHD Nizu (kiri) menerima penghargaa­n daripada Che Adam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia