Harian Metro

Di Makkah, Madinah

-

pengaruh yang signifikan terhadap suasana aktiviti seharianny­a dan salah satu ibadah harian yang dilakukan di Makkah adalah tawaf mengelilin­gi Kaabah dan kita melihat lautan manusia daripda seluruh alam melakukann­ya.

Pada saat musim haji, seluruh jemaah haji yang berjumlah lebih 3 juta orang akan menjadikan Makkah bandar yang paling padat dan masjid penuh sesak dengan manusia yang hilir mudik yang juga menjadi ujian kesabaran kepada hujaj untuk melakukan ibadah di musim haji.

Madinah pula bukan merupakan kota yang wajib dikunjungi dalam proses menunaikan ibadah haji, tetapi mengunjung­i dan solat di Masjid Nabawi adalah ‘sunnah’ sifatnya dan tidak ada ibadah khusus kecuali solat di masjid dengan waktu yang tidak mengikat dan setiap jemaah haji biasanya diberi kesempatan untuk tinggal di Madinah 8 hari (untuk melakukan solat 40 waktu).

Makkah adalah kota suci kerana memiliki keutamaan daripada kota lain di antaranya solat satu rakaat di Makkah sama pahalanya dengan 100,000 rakaat di tempat lain dan jika dibandingk­an dengan beribadah pada waktu malam terakhir (Lailatul Qadar) di bulan Ramadan, pahalanya dilipatgan­dakan dengan 1,000 bulan.

Di dalam masjid baik di Makkah ataupun Madinah kita akan melihat jemaah tidak kira dari mana mereka akan memegang mushaf al-Quran dan membacanya dan ia menjadi wirid harian tidak kira waktu justeru mereka akan mengambil peluang mengkhatam­kannya sekurang-kurang sekali semasa di Tanah Suci.

Jemaah juga berpeluang mengikuti kuliah dalam Bahasa Arab setiap malam di Masjidil Haram ataupun di Masjid Nabawi dengan menadah kitab yang muktabar dan huraiannya disampaika­n mualim yang cukup memberi kesan yang mengingatk­an kita kepada dakwah zaman Nabi SAW ketika hayatnya masih ada.

Ibadat yang paling mudah ialah memandang Kaabah seperti hadis daripada Aisyah ra bahawa Rasullulah SAW bersabda:

“Melihat pada 3 perkara adalah ibadah; Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan melihat Kaabah (Riwayat Abu Daud)

Dua tempat suci ini sering menjadi tumpuan jemaah tidak kira bangsa dan warna kulit daripada seluruh dunia adalah gambaran kesatuan ummah dan lambang ukhuwah yang ditautkan kalimah Thoyyibah iaitu kalimah tauhid La Ilaha Illallah dan bertemu dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dengan penuh kemesraan.

Pengunjung Madinah juga dapat menziarahi Baqi’ iaitu perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa saja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk jemaah haji atau umrah dan perkuburan Baqi’ terletak di sebelah tenggara (kiri) Masjid Nabawi dan waktu melawatnya selepas solat Subuh dan selepas solat Asar.

Setiap tahun ribuan umat Islam memenuhi kota Makkah dan Madinah bagi melaksanak­an ibadah haji bagi yang berkemampu­an, ini adalah satu peluang bagi melengkapk­an rukun Islam yang kelima yang akan mendapat ganjaran hebat daripada Allah SWT, lantas ia menjadi kenangan kepada setiap pengunjung­nya sepanjang hayat.

Haji adalah antara amalan terbaik seperti diriwayatk­an oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullul­lah SAW pernah ditanya tentang amalan apa yang paling utama? Baginda menjawab : ‘Iman kepada Allah dan Rasul-Nya.’ Kemudian baginda ditanya kembali, ‘Setelah itu apa lagi?’ Baginda menjawab, ‘Jihad fi Sabilillah.’ Kemudian ditanya lagi, ‘Lalu apa lagi? Baginda menjawab, ‘Haji mabrur.’ (HR. Al-Bukhari 1519, Muslim 83)

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia