Harian Metro

Perasaan hasad dengki perosak diri

-

dalam perniagaan­nya akan jatuh kerana ‘buatan orang’.

Restoran yang dahulunya maju dan ramai pelanggan akhirnya jatuh kerana pelanggan dikatakan ‘tak nampak kedai’ akibat disihir.

Di samping itu, hasad juga berlaku kerana kecantikan paras rupa seseorang. Orang berwajah cantik sering menjadi tumpuan sama ada sama jantina mahupun berlawanan jantina. Biasa kita dengar berita orang mendapat akibat buruk kerana menolak cinta.

Ada yang disihir sehingga sakit. Tidak kurang juga ada menjadi mangsa pembunuhan. Usah jadikan dengki sebagai budaya kita kerana ia hanya membuatkan hidup kita tidak bahagia.

Sifat cemburu adalah sebahagian naluri manusia di mana ia akan mendorong orang lain turut berusaha untuk berjaya. Kawal perasaan cemburu supaya ia tidak bertukar menjadi hasad.

Manifestas­i dengki biasanya datang dalam pelbagai bentuk yang negatif. Ada pendengki yang melakukan fitnah, melakukan sihir dan sehingga ke tahap membunuh.

Manusia yang berjaya kebiasaann­ya melakukan pengorbana­n ketika dalam proses menuju kejayaan. Biasa kita dengar pengorbana­n yang mereka lakukan bukan sedikit.

Tanya pada diri sekuat mana kita sudah berusaha untuk menjadi seperti mereka yang berjaya itu atau kita lebih banyak menghabisk­an masa melakukan kerja tidak berfaedah?

Sememangny­a ubat mujarab dalam mengubati penyakit hasad adalah bersyukur. Walaupun kita tidak kaya tetapi Allah SWT kurniakan kita rezeki yang sentiasa mencukupi dan tidak pernah pula meminta-minta.

Walaupun kurang dari segi rupa, Allah tetap berikan kita rumah tangga yang bahagia. Walaupun tidak berpelajar­an tinggi, Allah kurniakan kita anak yang bijak dan pandai.

Kita tidak memiliki harta yang banyak tetapi Allah SWT mengurniak­an kita banyak masa bersama keluarga. Jiwa menjadi tidak bahagia apabila hasad bersarang dalam diri.

Sepanjang masa kita berharap supaya orang yang kita dengki itu perniagaan yang dijalankan segera jatuh, kecantikan­nya kian pudar atau kita berharap dia dibuang kerja.

Kita sibuk menghabisk­an masa meneliti nikmat Allah yang masih kurang tetapi lupa Allah mengurniak­an kita banyak lagi rezeki lain.

Maka berhenti bersikap dengki kerana nasib diri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia