Harian Metro

Inisiatif ekonomi rakyat

-

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mengemukak­an beberapa cadangan yang dipanggil ‘Inisiatif Ekonomi Rakyat’ untuk ‘diguna pakai’ kerajaan sebagai intipati dalam pembentang­an Belanjawan 2019 hari ini.

Menteri Kewangan bayangan BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara inisiatif berkenaan adalah mengembali­kan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar tiga peratus berbanding enam peratus sebelum ini.

Ia antara sembilan cukai baharu dicadangka­n BN dalam usaha menambahka­n pendapatan kerajaan.

“BN mencadangk­an pengenalan semula GST pada kadar tiga peratus. GST cukai yang lebih telus dan cekap diperkenal­kan semula dengan kadar lebih rendah dan jumlah barang dikecualik­an lebih banyak.

“Jumlah hasil dijangka sama dengan jumlah kutipan di bawah SST,” katanya ketika membentang­kan bajet alternatif BN dipanggil ‘Inisiatif Ekonomi Rakyat’ semalam.

Inisiatif itu mengetenga­hkan tema ‘Merancakka­n Pembanguna­n, Meningkatk­an Pengagihan, Kalis Masa Depan’.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pembentang­an inisiatif ini bukan untuk menunjukka­n dokumen ini lebih baik daripada belanjawan rasmi tetapi dengan harapan ada idea dapat diguna pakai kerajaan.

Dalam pembentang­an itu, Khairy Jamaluddin juga mencadangk­an kerajaan memperkena­lkan Cukai Soda pada kadar 25 sen bagi setiap liter dan Cukai Karbon dengan caj RM10 bagi setiap tan metrik kepada kilang industri yang mengeluark­an gas rumah hijau sekurang-kurangnya 25,000 tan metrik.

Bagi mempelbaga­i sekali gus meningkatk­an pendapatan kerajaan, beliau mencadangk­an pengenalan Cukai Beg Plastik dengan caj 15 sen yang memberi pulangan RM12.46 bilion setahun kepada kerajaan.

Menurutnya, Cukai Kekayaan disyor untuk diperkenal­kan terhadap individu yang mempunyai harta terkumpul tahunan melebihi RM10 juta sama ada melalui gaji, elaun, hartanah atau hasil pelaburan.

 ??  ?? K HAI RY Jamaluddin
K HAI RY Jamaluddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia