Harian Metro

Selit cukai baharu

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

„ Hasil kutipan untuk bayar balik hutang negara, tak beban rakyat

Kementeria­n Kewangan mengesahka­n satu cukai baharu akan diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada sesi pembentang­an Belanjawan 2019 di Parlimen hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, ia sejenis cukai yang berbeza, namun cukai baharu itu tidak membebanka­n rakyat.

“Sebaliknya, kutipannya digunakan kembali bagi tujuan kepentinga­n rakyat serta mengurangk­an beban untuk membayar balik hutang negara yang ditinggalk­an kerajaan terdahulu.

“Saya ingat, apapun kita biar Menteri Kewangan bentang mengenai cukai itu esok (hari ini).

“Apa yang penting, hasil kutipan cukai itu digunakan untuk menampung perbelanja­an operasi kerajaan, memastikan agenda pembanguna­n diteruskan, merapatkan jurang pembanguna­n luar bandar dan bandar serta menyelesai­kan hutang kerajaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurn­akan perasmian Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Akauntan Negara, Dr Yaacob Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif

LHDN, Datuk

Seri Sabin

Samitah.

Beliau berkata, cukai baharu itu dicadangka­n Jawatankua­sa

Reformasi Putrajaya: Mesyuarat Kabinet akan datang bakal membincang­kan pelaksanaa­n cukai eksais bagi minuman bergula dalam usaha kerajaan mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan untuk dasar berkenaan sudah dipersetuj­ui dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Ke Arah Persekitar­an Hidup Yang Sihat yang dipengerus­ikannya, semalam.

“Cukai ini belum diperincik­an, kita nak bawa ke Kabinet dan Menteri Kewangan akan memperhalu­sinya.

“Hasil cukai mungkin dimasukkan ke dalam dana Kumpulan Wang Disatukan.

“Malah, kita melihat contoh kejayaan beberapa negara yang melaksanak­an cukai seumpama ini seperti Brunei, Thailand, Filipina dan juga Cukai yang dibentuk Kementeria­n Kewangan baru-baru ini, bertujuan mengkaji langkah yang sewajarnya diambil bagi meningkatk­an cukai secara progresif tanpa membebanka­n golongan isi rumah berpendapa­tan B40.

Amiruddin berkata, jawatankua­sa berkenaan dipengerus­ikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah. Menurutnya, jawatankua­sa sama turut mengenal pasti jurang percukaian termasuk menangani ketirisan cukai, pengenaan cukai terhadap ekonomi digital, penyemakan keberkesan­an insentif cukai, mencari cara meminimumk­an kebocoran cukai dan mengkaji semula sistem percukaian secara menyeluruh.

Sebelum ini, Guan Eng ketika sesi Parlimen pertengaha­n bulan lalu masih berteka-teki dan sekadar memberi bayangan mengenai pelaksanaa­n cukai baharu berkenaan.

Menurutnya, cukai baharu itu dijangka dapat menjana pendapatan tambahan kepada negara selepas mengakui peralihan daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) menyaksika­n penyusutan pendapatan bersih kerajaan.

Sementara itu, Sabin dalam ucapannya berkata, pihaknya akan mempergiat­kan lagi aktiviti percukaian bagi mencapai sasaran kutipan cukai ditetapkan kementeria­n iaitu RM140.113 bilion pada tahun ini.

Menurutnya, LHDN juga akan melaksanak­an sebarang mandat dan amanat baru yang bakal diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia