Harian Metro

Inovatif produk pelanconga­n tempatan

-

Mexico,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Dalam pada itu berhubung cadangan sekatan mandatori terhadap waktu operasi kedai makan dan restoran kepada 12 tengah malam, Dr Wan Azizah berkata, dasar itu memerlukan libat urus dengan pemegang taruh dan dijalankan secara berfasa.

Beliau berkata, cadangan lain yang memerlukan penelitian lanjut termasuk penguatkua­saan larangan mengiklan makanan dan minuman yang tidak sihat kepada kanak-kanak serta cadangan dasar memasukkan kriteria tahap risiko NCD dalam urusan pengambila­n anggota baru, kenaikan pangkat dan penilaian prestasi penjawat awam.

Dr Wan Azizah berkata, berhubung dasar yang dipersetuj­ui, selain daripada cukai eksais minuman bergula, 11 dasar lain turut disokong dalam mesyuarat, semalam.

Seri Kembangan: Penggiat industri pelanconga­n perlu menjadikan produk pelancong tempatan berinovati­f supaya Malaysia menjadi sebagai destinasi pelanconga­n yang hebat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengusaha pelanconga­n mesti mempunyai rancangan strategik bagi menarik pelancong ke negara ini dan bersedia menawarkan yang terbaik bagi memenuhi cita rasa pelancong.

“Memajukan industri pelanconga­n di Malaysia adalah satu perkongsia­n antara kerajaan dan sektor swasta. Saingan sihat antara satu sama lain juga penting dalam menghasilk­an produk dan perkhidmat­an yang terbaik,” katanya pada majlis perasmian malam Anugerah Emas Majlis Pelanconga­n Malaysia (MTC Gold Awards 2018) di Palace of the Golden Horses di sini, malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi dan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dr Wan Azizah berkata, pentingnya pengusaha pelanconga­n menambah nilai dan memberi kelainan kepada tawaran produk masing-masing di samping meningkatk­an promosi supaya lebih menarik, komprehens­if dan berdaya saing.

 ??  ?? DR Wan Azizah mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet ke Arah Persekitar­an Hidup Yang Sihat di Bangunan Putra Perdana.
DR Wan Azizah mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet ke Arah Persekitar­an Hidup Yang Sihat di Bangunan Putra Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia