Harian Metro

19.65 peratus belum bayar balik pinjaman PTPTN

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengutip RM13.86 bilion atau 68.62 peratus daripada 1.5 juta peminjam setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, seramai 2,963,345 peminjam diluluskan pinjaman PTPTN dengan jumlah pinjaman RM54.37 bilion sehingga September lalu.

“Seramai 373,975 atau 19.65 peratus belum membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2.74 bilion,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-PKR Johor Bahru) berhubung jumlah peminjam dan pinjaman PTPTN sehingga Jun lalu serta anggaran pinjaman tahunan yang akan dikeluarka­n sehingga 2023.

Demi kesinambun­gan kepada peminjam baharu, Nie Ching berkata, PTPTN menjalanka­n kajian holistik mengenai dasar baharu bayaran balik pinjaman.

Katanya, ia dibuat selepas mengambil kira dana peminjam baharu dan pada masa sama menyesuaik­annya dengan kemampuan bayaran balik oleh peminjam.

Beliau berkata, hasil kajian akan dibentangk­an dalam mesyuarat Kabinet untuk persetujua­n.

“Bagi memastikan peminjam terus membuat bayaran balik secara konsisten, PTPTN mengekalka­n penyenarai­an nama mereka dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) Bank Negara Malaysia.

“Penyenarai­an dalam CCRIS adalah amalan biasa oleh institusi kewangan bagi memastikan bakal peminjam mempunyai rekod bayaran yang baik dan mampu membuat pembayaran balik,” katanya.

 ?? Teo Nie Ching ?? Seramai 373,975 atau 19.65 peratus belum membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2.74 bilion”
Teo Nie Ching Seramai 373,975 atau 19.65 peratus belum membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2.74 bilion”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia