Harian Metro

Hampir diarah keluar

- Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@nstp.com.my

„ Tajuddin tidak berpuas hati jawapan timbalan menteri bertikam lidah dengan Timbalan Speaker

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-UMNO Pasir Salak) hampir diarah keluar dari Dewan Rakyat selepas bertikam lidah dengan Timbalan Speaker, Nga Kor Ming dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Kekecohan bermula apabila Tajuddin mencelah mengenai isu subsidi baja ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin menjawab perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) bagi pihak kementeria­n, semalam.

Bagaimanap­un, Tze Tzin mempersoal­kan celahan itu dan mendakwa soalan terbabit tidak ditimbulka­n dalam perbahasan.

Tidak berpuas hati, Tajuddin mempersoal­kan jawapan Tze Tzin itu dan bertalu-talu bertanya sama ada soalan itu boleh dijawab atau tidak sehingga mendapat kecaman beberapa penyokong kerajaan.

Ketidakpua­san hati Tajuddin memuncak apabila Kor Ming menyifatka­n soalan itu spesifik dan tidak dibangkitk­an ketika perbahasan.

Ia membuatkan Tajuddin mendakwa Kor Ming sebagai Kuala Lumpur: Kerajaan peka dan memandang serius penyebaran mana-mana doktrin yang menyelewen­g daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk fahaman Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Muzakarah khas Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2 dan 3 Mei 1996, menetapkan umat Islam Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

“Mengakui ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

“Keputusan Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan ini disusuli dengan fatwa pengharama­n Syiah di 13 negeri di Malaysia dan diwartakan serta boleh digunakan untuk memihak (partisan) dan meminta beliau berlaku adil sebagai Timbalan Speaker.

“Ini (soalan) ada kena-mengena. Tuan Speaker kena adil, jangan partisan. Speaker kata tidak kena-mengena, ini tidak betul,” katanya sebelum dicelah Willie Anak Mongin (PH-PKR Puncak Borneo) yang menyifatka­n Tajuddin tidak memahami peraturan walaupun sudah lama menjadi Ahli Parlimen.

Pertikaman lidah antara Tajuddin dan Kor Ming berterusan sehingga Timbalan Speaker itu terpaksa membaca Peraturan Mesyuarat.

“Perkara 35(1), seorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh pengerusi, hendaklah berdiri mengarahka­n ucapan kepada pengerusi, seseorang ahli tidak boleh bercakap me- lainkan dipanggil pengerusi. Faham?

“Semua orang boleh melihat Pasir Salak (Tajuddin) sengaja mengundang kekecohan, dia sengaja.

“Sekiranya sikap ini tidak berubah, saya terpaksa mengambil tindakan terhadap Pasir Salak, jadi sila duduk, saya beri peluang terakhir,” katanya.

Tajuddin akhirnya akur dan duduk tanpa mengganggu persidanga­n.

 ?? Tajuddin Abdul Rahman ?? Ini (soalan) ada kena-mengena. Tuan Speaker kena adil, jangan partisan. Speaker kata tidak kena-mengena, ini tidak betul”
Tajuddin Abdul Rahman Ini (soalan) ada kena-mengena. Tuan Speaker kena adil, jangan partisan. Speaker kata tidak kena-mengena, ini tidak betul”
 ??  ?? NG A
NG A

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia