Harian Metro

PM tak setuju pinda AUKU

-

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) untuk membolehka­n cawangan parti politik ditubuhkan di semua universiti awam (UA).

Perdana Menteri berkata, ketika ini pun pelajar tidak disekat daripada berbicara mengenai isu politik tanah air.

“Anda (pelajar) bebas bercakap apa (politik) yang anda suka. Tidak payahlah parti,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Felo dan Anugerah 24 Saintis Terbaik 2018, anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM), di sini.

Selasa lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, ketika menggulung Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Ke-11 bagi pihak kementeria­n di Dewan Rakyat berkata, pindaan AUKU membolehka­n cawangan parti politik ditubuhkan dalam universiti awam.

Katanya, perkara berkenaan sejajar langkah menurunkan

>>Jet berkenaan didakwa aset kedua mempunyai hubung kait dengan 1MDB yang akan dijual

had umur mengundi kepada 18 tahun yang akan dicadangka­n dalam tempoh terdekat.

“Sebelum ini memang ada kumpulan Aspirasi dan Wawasan dalam Pilihan Raya Kampus, namun itu hanya pada nama.

“Perubahan pada AUKU yang membolehka­n mahasiswa menubuhkan Kelab Barisan Nasional (BN) di UA, Kelab Pakatan Harapan (PH) di UA, Kelab PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan pelbagai lagi seperti di negara maju.

“Di negara maju memang ada parti politik cawangan kampus dan ini selaras dengan penurunan umur mengundi yang yang akan kita cadangkan nanti,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir merasmikan Anugerah Felo dan Anugerah 24 Saintis Terbaik 2018, anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM), semalam.
DR Mahathir merasmikan Anugerah Felo dan Anugerah 24 Saintis Terbaik 2018, anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia