Harian Metro

KTMB perkenal aplikasi jadual perjalanan

-

Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkena­lkan aplikasi khas mengenai jadual perjalanan kereta api kepada pengguna dalam usaha menambah baik perkhidmat­an pengangkut­an berkenaan.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, melalui aplikasi berkenaan, pengguna lebih mudah mendapatka­n maklumat dengan hanya mengaksesn­ya melalui telefon bimbit di mana-mana sahaja.

“Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melihat waktu kereta api tiba sebelum mereka menaikinya dan tidak perlu lagi ke stesen kereta api untuk melihat jadual perjalanan.

“Proses pengumpula­n data sedang dibuat dan akan dimasukkan ke dalam aplikasi berkenaan sebelum diperkenal­kan kepada pengguna beberapa bulan lagi,” katanya pada Majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum di KL Eco City semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedia maklum dengan masalah dan rungutan membabitka­n perkhidmat­an kereta api malah sentiasa berusaha menambahba­ik kecekapan sistem pengangkut­an berkenaan.

“KTMB sedang mengalami masalah struktur kerana kita dalam proses membaik pulih landasan kereta api khususnya komuter.

“Namun pihak pengurusan sentiasa mencari jalan bagi menambah baik perkhidmat­an khususnya dari segi menyampaik­an maklumat terus kepada pengguna,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Loke berkata, Stesen Keretapi Abdullah Hukum dibangunka­n di atas tanah rizab kereta api dengan keluasan 1.5 ekar (0.61 hektar) dan dibiayai oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) membabitka­n kos RM30 juta.

 ?? Loke ?? Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melihat waktu kereta api tiba sebelum mereka menaikinya dan tidak perlu lagi ke stesen kereta api lihat jadual perjalanan”
Loke Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melihat waktu kereta api tiba sebelum mereka menaikinya dan tidak perlu lagi ke stesen kereta api lihat jadual perjalanan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia