Harian Metro

Peras ugut umpan wanita cantik

-

Kuala Lumpur: Mulanya mengaku anak dara, namun bertukar status sudah bersuami secara mendadak.

Itu modus operandi terbaru sindiket peras ugut yang dikesan memerangka­p mangsa lelaki dengan menjaja cinta wanita cantik dan seksi.

Selepas menjalin hubungan cinta dan terlanjur, muncul seorang lelaki mendakwa suami kepada wanita itu dan meminta sejumlah wang daripada mangsa sebagai penyelesai­an kerana menjalin hubungan terlarang dengan ‘isterinya’.

Terbaru, empat mangsa berusia 30 hingga 40-an tampil ke Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA mendakwa menjadi mangsa sindiket itu membabitka­n kerugian mencecah RM80,000.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Michael Chong berkata, mangsa berkenalan dengan wanita cantik terbabit melalui laman sosial atau laman mencari jodoh dalam talian sebelum rapat dan menjalin hubungan cinta.

“Dalam kes yang terjadi kepada empat mangsa ini, wanita atau sindiket mencari mangsa secara rambang dan menggunaka­n ayat cinta sebelum berjumpa secara bersemuka termasuk di bilik hotel.

“Kebiasaann­ya sindiket mengambil masa satu hingga dua bulan sebelum seorang lelaki muncul dan mengaku suami kepada wanita itu.

“Suspek bermati-matian berlakon mendakwa wanita itu isterinya sehingga mencetuska­n pergaduhan,” katanya di Wisma MCA, di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarka­n aduan mangsa, mereka berasa bersalah kerana menjalin cinta terlarang dengan isteri orang dan bersetuju membayar wang sebagai jalan penyelesai­an.

“Sindiket akan mengugut wang antara RM20,000 hingga RM50,000 bergantung kepada pendapatan mangsa. Malah sindiket berterusan meminta wang sekiranya mangsa akur arahan awal.

“Suspek biasanya mereka cerita palsu kononnya terpaksa bercerai dan memerlukan wang untuk proses itu. Sehingga kini, ada empat mangsa membuat aduan dan beberapa lagi menghubung­i melalui telefon saja,” katanya.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia