Harian Metro

Bolos lokap nak sambut hari lahir bersama teman wanita

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Premis hiburan adakan sambutan malam hantu dengan menyajikan pelayan pelanggan (GRO) kepada orang ramai yang mengunjung­i pusat hiburan di Jalan Ampang, di sini.

Itu antara kelainan ditonjolka­n pengusaha premis yang disyaki turut menawarkan khidmat seks, selain arak kepada pelanggan beragama Islam.

Perkara itu dibongkar selepas serbuan di pusat hiburan berkenaan pada jam 1 hingga 4.30 pagi semalam oleh sepasukan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JAWI), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketika serbuan, beberapa GRO di pusat hiburan itu cuba melarikan diri dengan masuk ke dalam ‘lorong tikus’ terletak di tingkat dua bangunan, namun berjaya dihalang anggota penguat kuasa.

Pengarah Penguatkua­sa Jabatan Penguatkua­saan DBKL, Azman Mahmood berkata, pihaknya menahan 37 GRO warga Thailand dan Vietnam selain sembilan lelaki warga Bangladesh berusia 20 hingga 35 tahun dalam operasi itu.

“Ketika serbuan, ada beberapa GRO cuba melarikan diri dengan menggunaka­n ‘lorong tikus’ yang sempit dan hanya boleh dilalui seorang individu dalam

„ Pusat hiburan sedia kelainan pikat pengunjung termasuk seks, arak diserbu pihak berkuasa

satu masa.

“Lorong itu adalah laluan pintas menuju ke bumbung bangunan di tingkat sembilan bangunan. Namun, tindakan cekap anggota penguat kuasa bertugas menghalang mereka daripada meloloskan diri,” katanya.

Azman berkata, pihaknya turut menahan tiga pengunjung beragama Islam di premis itu yang didapati mabuk.

“Pemeriksaa­n mendapati premis itu menyalahgu­na lesen kerana beroperasi lebih masa yang dibenarkan seperti termaktub dalam Akta Hiburan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur 1992.

“Arak dijual juga tidak diwartakan dalam duti kastam dan LHDN turut menyiasat premis itu yang dianggarka­n mengaut untung RM800,000 sebulan,” katanya. Lari dari lokap Balai Polis Taiping kerana mahu sambut hari lahir bersama teman wanita.

Itu dilakukan pemasang jubin, Pang Hung Boon,

37, pada 27 Oktober lalu.

Bagaimanap­un, semalam, Pang dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Pang yang ditahan semula Isnin lalu mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Majistret Mohd Hairol Jemain menjatuhi hukuman itu selepas mendapati alasan diberikan tertuduh yang mengakui lari dari lokap kerana ingin menyambut hari lahir bersama teman wanitanya tidak munasabah.

Mohd Hairol mendapati alasan itu mencacatka­n objektif tertuduh ditahan sekali gus rayuannya untuk hanya dikenakan hukuman denda ditolak.

Pang mengaku melakukan kesalahan itu pada 27 Oktober lalu, jam 7.32 malam.

Dia didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan lokap Balai Polis Taiping kerana ditahan secara sah bagi kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).

Pang ditahan semula ketika menunggang motosikal di Jalan Medan Kamunting 2, Kamunting, jam 4.45 pagi Isnin lalu.

Pang dalam rayuannya mengatakan dia yang sudah bercerai perlu menjaga bapanya, teman wanita serta anaknya.

Pendakwaan memohon mahkamah menolak rayuan tertuduh kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau pada 2014, 2015 dan 2016.

 ??  ?? ANTARA GRO warga Thailand dan Vietnam yang ditahan.
AZMAN (kanan) memeriksa dokumen warga asing yang ditahan.
ANTARA GRO warga Thailand dan Vietnam yang ditahan. AZMAN (kanan) memeriksa dokumen warga asing yang ditahan.
 ??  ?? PANG dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping, semalam.
PANG dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia