Harian Metro

MB ketuai senarai

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

„ Anugerah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-62 Sultan Perak

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mengetuai senarai 285 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-62, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Ahmad Faizal antara dua penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seorang lagi tokoh menerima SPMP adalah Pro Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Seri Dr Aishah Ong.

Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak akan berlangsun­g di Balairong Seri, Istana Iskandaria­h, Kuala Kangsar, Ahad ini.

Baginda juga menganuger­ahkan

Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 14 tokoh dan individu.

Mereka ialah Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabra; Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin; Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Dr Ding Lay Ling; Pengarah Tanah dan Galian Perak, Rumaizi Baharin@Md Daud; Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Ahameed Tarmizi Ramli serta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perak, Dr Ahmad Anuar Othman.

Turut menerima DPMP, Dekan Fakulti Undang-Undang UM, Prof Madya Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin; Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Mohd Rasid Hussin Shah dan Mursyidul Am Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Ahmad Awang.

Selain itu, Jeffri Salim Davidson, Ho Kay Tat, Goh Seng Kuang, Datuk Shahriman Shamsuddin dan Sinnathamb­y Senathi Rajah turut menerima DPMP.

Dua individu menerima Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan ialah Ketua Pengarah, Bahagian Perkhidmat­an Kejurutera­an Pertahanan, Kementeria­n Pertahanan, Brigedier Jeneral Chapiti Redzwan dan Ketua Cawangan Khas, Maktab Polis Diraja Malaysia, Senior Asisten Komisioner Sum Chang Keong.

Sementara itu, dua bekas atlet Perak, iaitu jaguh sukan lompat tinggi Loo Kum Zee@Loh Kum Zee yang menjadi Ketua Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 dan Mon Redee Sut Txi yang pernah mewakili negara dalam sukan memanah sejak 1999 hingga 2007 menjadi antara 65 penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP).

Turut menerima AMP, Pegawai Daerah Betong, Thailand yang juga Penasihat Yayasan Hospital Betong, Dumdrong Deesakul.

Enam individu menerima Darjah Paduka Cura Simanja Kini (PCM), 23 menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP).

 ??  ?? DR Aishah
DR Aishah
 ??  ?? AHMAD Faizal
AHMAD Faizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia