Harian Metro

JBR luas empayar

- Redzuan Muharam redzuan@nstp.com.my

Lebih 120,000 pakaian berjenama ditawarkan kepada peminat tegar bundle sempena pembukaan cawangan terbaru JBR Bundle di Bandar Sri Damansara, di sini, esok.

Cawangan terbaru JBR Bundle itu akan mula dibuka kepada penggemar pakaian terpakai atau bundle bermula jam 12 tengah hari.

Sempena pembukaan cawangan terbaru itu, JBR Bundle akan mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah dua keping baucar bernilai RM500 setiap satu.

Lebih menarik, pelanggan diberi tawaran beli satu percuma satu bagi setiap pakaian berharga RM5 untuk tiga jam pertama selepas cawangan itu dibuka.

Pengarah JBR Bundle, Abdul Jabbar Bachtiar Nasution, 33, berkata, tawaran istimewa itu bagi menghargai sokongan pelanggan yang tidak pernah putus sejak cawangan pertama dibuka pada 2007.

Justeru, dia berharap peminat bundle sekitar Lembah Klang dan seluruh negara merebut peluang itu dengan hadir pada hari pembukaan cawangan kesembilan JBR Bundle.

“Cawangan terbaru ini berkeluasa­n 3,344 meter persegi (36,000 kaki persegi) iaitu cawangan kami yang terbesar berkonsepk­an jualan dalam kilang.

“Selain 120,000 pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, pelanggan juga berpeluang mendapatka­n beg, kasut, permainan serta pelbagai barangan keperluan rumah.

“Turut ditawarkan barangan berjenama berkualiti tinggi membabitka­n beg, kasut dan jaket yang ditempatka­n di butik khas di tingkat satu bangunan cawangan terbaru kami ini,” katanya.

„ JBR Bundle buka cawangan ke-9 di Bandar Sri Damansara

 ??  ?? ABDUL Jabbar bersama sebahagian barangan yang dijual di JBR Bundle, cawangan Bandar Sri Damansara.
ABDUL Jabbar bersama sebahagian barangan yang dijual di JBR Bundle, cawangan Bandar Sri Damansara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia