Harian Metro

Balasan anak derhaka

- Fitri Nizam cnews@nstp.com.my

Seorang anak derhaka menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menendang ibunya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Wan Muhammad Faizal Wan Tahar, 24, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap ibunya, Punisah Saibi, 50.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditahan iaitu pada 26 September lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Wan Muhammad Faizal didakwa mencederak­an ibunya dengan menendang belakang badan wanita itu di rumahnya di Kampung Paloh Haji Daud, jam 8.15 malam pada 24 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh ke rumah ibunya di Kampung Paloh Haji Daud untuk meminta wang.

Apabila gagal memperoleh

„ Dipenjara 12 bulan selepas mengaku salah tendang ibu kurang upaya

wang dimintanya, tertuduh bertindak menendang belakang ibunya sebelum keluar dari rumah.

Bagaimanap­un, suspek kembali semula ke rumah tidak lama kemudian sebelum mengamuk serta membaling tong gas ke arah wanita itu, namun dielak mangsa.

Ibunya yang cedera di belakang badan membuat laporan polis berhubung kejadian.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Miki Dustan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Wan Muhammad Faizal di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi Wan Muhammad Faizal di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia