Harian Metro

Peniaga tak mengaku cedera dua sepupu

-

Bahru: Peniaga, Khairil Azhar Kamaludin, 25, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, semalam atas dua pertuduhan mendatangk­an kecederaan kepada dua beradik yang juga sepupunya di luar dewan Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 28 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang berasal dari Kota Tinggi didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada Mohd Suferi Muhamat Sahh dengan spanar paip di luar dewan berkenaan, jam 4.30 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tiga tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripadany­a.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sengaja mendatangk­an kecederaan kepada Masni Muhamat Sahh dengan menggunaka­n tangan di luar dewan berkenaan, jam 4.30 petang hari yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Khairil Azhar yang mengangguk memahami pendakwaan kemudian mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Abd Jalil Salam Muhamad manakala tertuduh diwakili Jason Tan Ka Yan.

Abd Jalil mencadangk­an jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan manakala Jason memohon jaminan dikurangka­n berikutan tertuduh memiliki keluarga termasuk menanggung isteri serta seorang anak.

 ??  ?? KHAIRIL Azhar di Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.
KHAIRIL Azhar di Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia