Harian Metro

Gegar empayar Mat Bangla

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

Lokasi pusat perniagaan digelar ‘Empayar Mat Bangla’ digempur lagi pegawai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

Ternyata operasi berulang kali dilakukan pihak KPDNHEP sebelum ini tidak menggerunk­an golongan peniaga warga asing ini yang terus menjalanka­n perniagaan menjual barangan cetak rompak kepada orang ramai di Bukit Bintang, di sini.

Bagaimanap­un dalam operasi itu, semua peniaga di kawasan berkenaan sempat melarikan diri dengan meninggalk­an gerai masing-masing.

Dalam operasi bermula jam 2 petang itu, pihak KPDNHEP Kuala Lumpur menyita pelbagai barangan tiruan berjenama terkenal bernilai RM63,500 dalam serbuan ke atas 14 premis di sekitar kawasan itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (KPPN), Low Swee Hon berkata, serbuan dijalankan susulan aduan diterima daripada pemilik jenama asal berhubung penjualan produk tiruan menggunaka­n jenama mereka di sekitar ibu negara.

“Antara barangan disita adalah baju, topi, selipar, jam tangan, beg galas, beg tangan, dompet, kasut, baju, seluar, tali pinggang, cermin mata gelap, semburan pewangi, fon kepala

bateri dan

“Ia membabitka­n jenama Redbull, Adidas, Nike, Puma, Micheal Kors, Burberry, Gucci, Louis Vuitton, Prada, Chanel, Yves Saint Laurent, Beats, Samsung, Casio, G-Shock, Baby-G, Daniel Wellington dan Ray Ban,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, keseluruha­n barangan disita berjumlah 3,530 unit dengan nilai dianggarka­n RM63,500.

Serbuan membabitka­n 31 pegawai dan anggota daripada KPDNHEP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Low, semua premis diserbu tiada nama dan masing-masing tiada penjaga ketika serbuan dilakukan.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Harian Metro sebelum ini kerap mendedahka­n aktiviti perniagaan barangan cetak rompak didalangi warga asing Bangladesh di kawasan tumpuan pelancong asing itu.

Mereka dikesan mendapatka­n bekalan barangan cetak rompak dari negara asal pada harga murah sebelum dijual berlipat ganda di negara ini.

Walaupun operasi kerap dijalankan pihak berkuasa, golongan peniaga warga asing masih dapat meneruskan perniagaan di negara ini selain turut menggunaka­n khidmat tonto untuk menyalurka­n maklumat.

„ Semua peniaga didalangi warga asing melarikan diri tinggal gerai jual barang tiruan

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI KPDNHEP melakukan rampasan terhadap barangan cetak rompak dijual di Bukit Bintang, semalam.
PEGAWAI KPDNHEP melakukan rampasan terhadap barangan cetak rompak dijual di Bukit Bintang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia