Harian Metro

‘Terima kasih’

- Garret Dawum cnews@nstp.com.my

„ Keluarga pesakit HCM terharu sumbangan RM50,000 untuk biaya kos bedah jantung adik

“Syukur kepada Allah SWT wang RM50,000 diperlukan untuk menampung kos pembedahan adik saya sudah cukup seminggu selepas kisahnya disiarkan Harian Metro.

“Lebih menggembir­akan dan melegakan saya, pembedahan adik akan dilakukan esok (hari ini) berbanding 15 November yang dijadualka­n sebelum ini,” kata Roziatul Syatilla, 26, kakak kepada penghidap masalah jantung

(HCM) Mohd Siraj Munir Ikmal Rosle, 22.

Katanya, RM50,000 berkenaan akan digunakan untuk menampung kos pembedahan bagi memasang alat

pada badan adiknya yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal, atau urat tangan terputus.

“Alhamdulil­lah dan terima kasih yang tidak terhingga buat pemberi sumbangan terutama pembaca Harian Metro, sanak-saudara dan kenalan.

“Sumbangan semua pihak memberi sinar baru kepada adik saya untuk menamatkan pengajian dan mencapai cita-cita sebagai ahli farmasi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, Mohd Siraj kini ditempatka­n di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sebagai persediaan menjalani pembedahan, hari ini.

“Adik dalam keadaan stabil, cuma dia berdebar-debar. Kami difahamkan pembedahan memasang ICD akan mengambil masa selama empat jam.

“Harap semuanya berjalan lancar dan saya mohon rakyat Malaysia mendoakan Mohd Siraj. Doakan tahap kesihatann­ya bertambah baik dan kembali memburu impian bergelar ahli farmasi.

“Hanya Allah saja dapat membalas jasa semua orang yang membantu mencukupka­n kos pembedahan adik,” katanya.

Pada 25 Oktober lalu, Harian Metro menyiarkan kisah Mohd Siraj yang menghidap HCM dan perlu dibedah segera.

Pembedahan segera itu disarankan doktor kerana HCM boleh menyebabka­n jantung Mohd Siraj berhenti berdegup secara tiba-tiba hingga mengancam nyawanya.

 ??  ?? MOHD Siraj (tengah) bersama Ibu, Jamilah dan kakak, Roziatul Syatilla di HUKM, Cheras.
MOHD Siraj (tengah) bersama Ibu, Jamilah dan kakak, Roziatul Syatilla di HUKM, Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia