Harian Metro

Komited bantu golongan miskin

- Nur Aqidah Azizi cnews@nstp.com.my

„ McDonald’s Malaysia sumbang lebih RM300,000 kepada masyarakat kurang berkemampu­an

Usaha membantu golongan memerlukan terus menjadi agenda utama syarikat makanan segera terkenal, McDonald’s Malaysia.

Terbaharu, McDonald’s menyumbang lebih RM300,000 kepada golongan kurang berkemampu­an dan miskin tegar menerusi tiga inisiatif iaitu zakat, pelantikan golongan asnaf untuk program perantis McDonald’s dan penyerahan pek ‘Kembali Ke Sekolah’.

Syarikat yang 100 peratus dimiliki umat Islam itu memenuhi kewajipan zakatnya di Negeri Sembilan dengan agihan sebanyak RM100,000.

Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, sebagai entiti perniagaan yang dimiliki umat Islam, sudah menjadi tuntutan agama untuk membayar zakat bagi mengurangk­an kemiskinan.

“Selain pembayaran zakat, program perantis McDonald’s yang mula diadakan sejak dua tahun yang lalu juga adalah satu inisiatif syarikat dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

“Program ini adalah sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementeria­n Sumber Manusia dan pensijilan diberikan oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran.

“Tempoh latihan selama 18 bulan di mana perantis akan diberikan latihan praktikal dan teori di dalam kelas. Perantis juga diberi elaun bulanan RM1,200, faedah perubatan, insurans serta makanan percuma.

“Sebaik lulus, mereka layak untuk bekerja di mana-mana rangkaian restoran McDonald’s,” katanya pada Program Tanggungja­wab Sosial McDonald’s dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) di McDonalds Seremban 2, di sini.

Azmir berkata, program pertukaran pekerja juga akan diadakan antara McDonald’s Malaysia dengan McDoland’s luar negara seperti McDonald’s Singapura, McDonald’s Jeddah dan McDonald’s Qatar.

“Kita mahu tekankan bahawa peluang bekerja di restoran McDonald’s bukan setakat di Malaysia, malah di beberapa negara lain,” katanya.

Seramai 1,200 murid dari 48 sekolah rendah di negeri ini menerima pek ‘Kembali ke Sekolah’ pada Program Tanggungja­wab Sosial McDonald’s itu.

Ia mengandung­i satu set pakaian seragam, sepasang kasut dan beg sekolah sebagai persediaan memulakan sesi persekolah­an 2019.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dr Razali Ab Malik.

Azmir berkata, McDonald’s Malaysia yang bertapak lebih 35 tahun di Malaysia amat mementingk­an program komuniti dengan mengadakan lebih 6,000 program di seluruh negara. Antaranya Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile dan program Kembali ke Sekolah.

“Semua program ini bermatlama­t memberi impak positif dalam kehidupan kanak-kanak membabitka­n kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

“Kita akan teruskan usaha murni ini terutamany­a program Kembali ke

Sekolah yang bertujuan meringanka­n beban ibu bapa golongan miskin bandar.

“Tahun ini kita menghulurk­an bantuan bernilai lebih RM1.7 juta kepada lebih 17,000 murid miskin bandar di seluruh negara. Setiap murid diberi set pakaian seragam, sepasang kasut dan beg sekolah,” katanya.

 ?? Azmir Jaafar ?? DR Razali (berdiri lima dari kiri) dan Azmir (berdiri empat dari kiri) bersama penerima bantuan sempena program Komuniti McDonald's dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonalds Malaysia di McDonald Seremban 2. Selain pembayaran zakat, program perantis McDonald’s yang mula diadakan sejak dua tahun yang lalu juga adalah satu inisiatif syarikat dalam membantu masyarakat yang memerlukan”
Azmir Jaafar DR Razali (berdiri lima dari kiri) dan Azmir (berdiri empat dari kiri) bersama penerima bantuan sempena program Komuniti McDonald's dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonalds Malaysia di McDonald Seremban 2. Selain pembayaran zakat, program perantis McDonald’s yang mula diadakan sejak dua tahun yang lalu juga adalah satu inisiatif syarikat dalam membantu masyarakat yang memerlukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia