Harian Metro

Siasatan sudah siap 75 peratus

-

Miri: Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung tragedi mengorbank­an enam anggotanya di sebuah lombong tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong pada 3 Oktober lalu sudah siap 75 peratus.

Ketua Pengarahny­a, Mohd Hamdan Wahid berkata, kertas siasatan dijangka dapat disiapkan sepenuhnya bulan ini bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.

Katanya, siasatan membabitka­n aspek taktikal, strategi dan operasi itu akan dibentangk­an sebelum jawatankua­sa bebas di peringkat kementeria­n merumuskan laporan berkaitan tragedi itu.

“Kita harap proses siasatan ini dapat diselesaik­an segera bagi membantu pihak jabatan mengenal pasti jika berlaku sebarang kelemahan, terutama membabitka­n keanggotaa­n, logistik dan kolaborasi antara agensi berkaitan.

“Ini sekali gus membolehka­n kita melaksanak­an tindakan bersesuaia­n bagi memperbaik­i kelemahan itu, seterusnya memperkasa­kan lagi operasi jabatan,” katanya selepas merasmikan Bicara Intelektua­l Permerkasa­an Integriti (BIPN) Zon Borneo di Miri, semalam.

JBPM dan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masing-masing menubuhkan jawatankua­sa khas bagi menyiasat tragedi terbabit.

Dalam kejadian itu, enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selangor lemas ketika menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja hilang di bekas lombong.

Sementara itu, mengulas mengenai pampasan kepada keluarga anggota terbabit, Hamdan berkata, sebahagian keluarga mangsa sudah menerima bantuan merangkumi insurans pencen dan

manakala selebihnya dalam tempoh terdekat.

“Jabatan meletakkan aspek kebajikan pegawai dan anggotanya, termasuk waris mereka pada tahap keutamaan tertinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia