Harian Metro

Mengidam ‘batu’

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

„ Wanita sarat mengandung ketagih dadah dicekup AADK

“Saya ketagih makan ‘batu’ . Walaupun sedang sarat mengandung enam bulan, saya tetap menagih menggunaka­n duit sara hidup diberikan suami,” ujar seorang wanita berusia 25 tahun yang ditahan sepasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Perdana di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini, semalam.

Penagih wanita terbabit adalah antara 118 individu yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi yang tamat pada jam 3 pagi semalam.

Wanita terbabit yang disoal siasat memberitah­u menagih dadah ketika meluangkan masa bersama rakan lain di PPR berkenaan.

“Saya mula mengambil dadah ketika berusia 19 tahun. Saya kemudian berkahwin dengan suami pertama sebelum berhenti menagih dadah ketika mengandung anak pertama.

“Saya bercerai ketika anak pertama berusia sembilan bulan. Selepas berkahwin dengan suami kedua, saya kembali menagih dadah semula,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri, di sini, semalam.

Wanita itu berkata, kesibukan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori menyebabka­n dia banyak menghabisk­an masa bersama rakan-rakan di PPR itu.

“Suami memberi wang kepada saya setiap minggu untuk beli barang keperluan rumah. Bagaimanap­un saya gunakan lebihan wang diberikan untuk membeli dadah.

“Ketika serbuan dilakukan AADK, saya sedang bermain telefon di rumah rakan. Saya didapati positif dadah selepas mengambil ‘batu’ (methamphet­amine) dua hari lalu.

“Saya menyesal sekarang. Saya tidak akan buat lagi (ambil dadah),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, penahanan wanita mengandung terbabit yang didapati positif dadah adalah perkara amat menyedihka­n.

“Gejala ini (menagih dadah) adalah tidak sihat. Bukan sahaja menjejaska­n kesihatan wanita terbabit, malah menjejaska­n kesihatan bayi dalam kandungan. Ini akan menyebabka­n bayi itu turut menjadi ‘penagih’ berikutan pembesaran­nya bergantung kepada dadah diambil ibunya,” katanya.

 ??  ?? INDIVIDU yang ditahan pada Op Perdana di rumah flat sekitar Kuala Lumpur.
INDIVIDU yang ditahan pada Op Perdana di rumah flat sekitar Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia