Harian Metro

Perkasa dakwah

- Samadi Ahmad cnews@nstp.com.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus memperkasa­kan khidmat penggerak masyarakat dalam usaha mempeluask­an dakwah membabitka­n Orang Asli.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n Insan) JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya berkata, pihaknya memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli berkelayak­an mengisi jawatan itu bagi memudahkan penyampaia­n dakwah Islam secara meluas kepada mereka.

Menurutnya, melalui cara itu, penggerak masyarakat akan lebih memahami bahasa, budaya dan cara hidup masyarakat Orang Asli serta pada masa sama aktiviti dakwah dapat diadakan secara berterusan.

“Setiap tahun bilangan Orang Asli yang memeluk Islam semakin meningkat dan JAKIM akan terus bekerjasam­a dengan pejabat agama di setiap negeri bagi memperkuku­h akidah serta pegangan ajaran Islam,” katanya sempena Program Breakfast Talk Bersama Media Kejayaan Masyarakat Orang Asli Islam di Taman Ekuestrian di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Dakwah JAKIM, Azizi Mohamad dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Harith Fadzilah Abdul Halim.

Program kali kedua anjuran Bahagian Dakwah JAKIM dengan kerjasama Yayasan Taqwa dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) itu bertujuan mengetenga­hkan institusi serta individu yang memainkan peranan dan menjadi model bagi Orang Asli khususnya dalam pembanguna­n dakwah dalam bidang pendidikan, pembanguna­n kerohanian dan dakwah.

Paimuzi berkata, JAKIM juga melakukan transforma­si penyampaia­n dakwah melalui khutbah Jumaat yang disampaika­n dalam bahasa Temiar di Masjid Hidayah, Pos Hendrop, Kelantan.

Menurutnya, ia i masjid pertama Orang Asli di mana khutbah Jumaat disampaika­n dalam bahasa Orang Asli bermula awal tahun ini dan sambutan diterima menggalakk­an kerana lebih mudah difahami orang ramai khususnya masyarakat berkenaan.

„ Guna khidmat penggerak masyarakat perkukuh akidah saudara baru

Putrajaya: Buat julung kalinya, Malaysia melaksanak­an kaedah pelantikan terbuka bagi wakil negara ke Suruhanjay­a Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ia menjadikan Malaysia negara ketiga melaksanak­an kaedah terbuka bagi pelantikan itu selepas Thailand dan Indonesia.

Menurutnya, disebabkan sambutan menggalakk­an ketika permohonan untuk jawatan itu dibuka dari 1 hingga 14 Oktober lalu, Wisma Putra memutuskan melanjutka­n tempoh permohonan hingga 15 November ini.

“Selepas permohonan sebelum ini ditutup, kita menyenarai pendek tiga nama yang berpotensi mengisi jawatan bagi penggal ketiga untuk Malaysia dari 2019 hingga 2021.

“Disebabkan

sambutan menggalakk­an, kita lanjutkan tempoh permohonan itu bagi membolehka­n lebih ramai calon pakar dalam bidang hak asasi manusia untuk membuat permohonan.

“Selepas ditutup, satu jawatankua­sa yang dilantik akan membuat senarai pendek calon termasuk tiga calon yang disenarai pendek sebelum ini. Keputusan akan dibuat sebelum 31 Disember depan” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2017 dan Jasamu Dikenang 2018 Kementeria­n Luar Negeri di sini, semalam. Turut hadir, timbalanny­a, Datuk Marzuki Yahya.

Sebelum ini, dua wakil Malaysia ke AICHR ialah peguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Edmund Bon.

Saifuddin berkata, walaupun pengalaman sebagai peguam termasuk dalam kriteria bagi jawatan itu, namun ia bukan satu-satunya aspek yang diutamakan kerana calon perlu mempunyai pengalaman dan dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia.

Sementara itu, ditanya sama ada Wisma Putra akan membantu Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengesan bekas pegawai kanan syarikat Apco Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen, 39, untuk membantu siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Saifuddin berkata, pihaknya sentiasa bersedia memberi bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia