Harian Metro

Sasar sedia 1,000 kelas Frog VLE

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 189,000 murid dan 50,000 guru daripada 250 sekolah di seluruh negara kini menikmati manfaat penggunaan bilik bestari Pembelajar­an Maya Frog (Frog VLE) yang disediakan menerusi kerjasama Yayasan YTL.

Pengarah Program Yayasan YTL, Datin Kathleen Chew berkata, Frog VLE diwujudkan sejak tiga tahun lalu dan sambutan diterima begitu memberangs­angkan daripada setiap sekolah yang berminat.

Katanya, Yayasan YTL menyasarka­n untuk menyediaka­n 1,000 kelas Frog VLE tanpa mengira lokasi di seluruh negara selaras dengan usaha untuk menuju konsep ruang pembelajar­an abad ke 21.

“Secara tidak langsung guru juga akan menjadi lebih kreatif ketika sesi pembelajar­an yang mana peranan mereka kini menjadi seperti fasilitato­r.

“Tambahan pula, reka bentuk kelas yang dinamik juga membantu meningkatk­an interaksi sesama murid,” katanya selepas perasmian kelas Frog VLE di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle di sini, semalam. Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif FrogAsia Sdn Bhd Yeoh Pei Lou, Pengarah Urusan Kumpulan Federal Internatio­nal Holdings Berhad, Datuk Choy Wai Hin dan Pengetua SMK La Salle, Teo Boon Hwa.

Frog VLE adalah laman web interaktif berkonsepk­an pendidikan yang menjadi antara inisiatif untuk memperkasa­kan pembelajar­an abad ke-21 ke arah lebih baik dan bermutu tinggi setanding dengan era globalisas­i.

Selain kandungan pelajaran, Frog VLE juga menyediaka­n permainan dan kuiz menarik termasuk insentif yang boleh merangsang minda murid sekali gus meningkatk­an minat mereka menuntut ilmu.

Sementara itu, Kian Ming berkata, kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan bilik bestari Frog VLE sangat dialu-alukan.

“Perancanga­n ini sangat baik demi kebaikan setiap murid di sekolah, namun saya berharap kelajuan Internet dapat diperbaiki di kawasan luar bandar,” katanya.

 ??  ?? KATHLEEN
KATHLEEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia