Harian Metro

Malaysia 15 teratas paling berdaya saing

-

Kuala Lumpur: Malaysia terus mengukuhka­n kedudukan antara 20 negara paling berdaya saing dalam Laporan Menjalanka­n Perniagaan Bank Dunia 2019 apabila naik sembilan anak tangga untuk berada di tangga ke-15 daripada 190 negara di dunia.

Ia menjadikan Malaysia sebagai negara ASEAN yang menduduki kedudukan kedua tertinggi selepas Singapura yang menjadi penanda aras tertinggi global bagi mengukur tahap kecekapan sesebuah negara menjalanka­n aktiviti perniagaan.

Tahun lalu, Malaysia berada di tangga ke-24.

Di kedudukan ke-15, Malaysia mendahului beberapa negara lain seperti Kanada (22), Jerman (24), Jepun (39), China (46) dan India (77).

Di dalam laporan yang dipertingk­atkan dari segi kaedah penilaian itu, Malaysia meraih skor 80.60, berbanding 78.43 yang diraihnya tahun lalu.

Dalam laporan itu, Malaysia antara lima negara mempamerka­n prestasi tertinggi dalam beberapa bidang dalam menguruska­n perniagaan.

Antaranya, Malaysia berada di belakang New Zealand dalam Melindungi Pelabur Minoriti dengan meraih 10 markah penuh. Laporan itu juga mengiktira­f usaha Malaysia meningkatk­an permit pembinaan dengan negara berada dalam kelompok tiga teratas menerusi Berurusan dengan Permit Pembinaan.

Menerusi penambahba­ikan itu, hanya 54 hari diambil untuk mendapatka­n permit pembinaan berbanding 158 hari di kebanyakan negara di dunia dan 133 hari purata di negara rantau Asia Timur dan Asia Pasifik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia