Harian Metro

LIMA CADANGAN

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

„ Kerajaan perlu rasionalis­asi perbelanja­an berbanding naik cukai

terdapat skop dan merit yang signifikan dalam mengurangk­an subsidi dan program kerajaan.

Selain itu, katanya beliau juga percaya terdapat skop yang signifikan dalam rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan aset kerajaan untuk mencapai matlamat yang dicadangka­n itu.

“Menteri Kewangan bercakap mengenai cadangan untuk melupuskan ekuiti dan juga sejumlah besar syarikat yang tidak tersenarai.

“Seterusnya, tangani masalah kebocoran pendapatan melalui jurang penguatkua­saan dan perdaganga­n gelap. Tahun lalu, IDEAS secara kasarnya menganggar­kan kebocoran pendapatan sebanyak RM8 bilion. Namun, jumlah sebenar kemungkina­n besar adalah jauh lebih tinggi sehingga mencecah berpuluh bilion.

“Justeru, kerajaan perlu strategi yang jelas untuk menangani isu ini. Kami menyambut baik penegasan yang dibuat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini terhadap barangan tiruan. Bagaimanap­un, perdaganga­n gelap ini bukan masalah di peringkat kementeria­n semata-mata,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ali berkata, pembatalan projek yang tidak bermanfaat perlu diseimbang­kan dengan tanggungja­wab undang-undang terhadap kontraktor dan mengekalka­n keyakinan perniagaan.

Katanya, kerajaan seharusnya mengemukak­an garis panduan dasar mengenai semakan semula projek mega supaya pelabur bertambah yakin.

“Kami percaya mekanisme semakan semula semasa adalah teguh, tetapi ia mungkin perlu lebih telus,” katanya.

 ??  ?? PEMBATALAN projek perlu diseimbang­kan dengan tanggungja­wab undang-undang terhadap kontraktor.
PEMBATALAN projek perlu diseimbang­kan dengan tanggungja­wab undang-undang terhadap kontraktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia