Harian Metro

RM43.5 juta bina stesen di KL Eco City

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Badan Berkanun Persekutua­n di bawah Kementeria­n Pengangkut­an membuat pelaburan keseluruha­n berjumlah RM43.5 juta bagi membiayai pembanguna­n stesen dan pejabat baru di KL Eco City, Kuala Lumpur.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelaburan yang dilaksanak­an RAC itu merangkumi Stesen Abdullah Hukum dan dua pejabat agensi berkenaan yang kini sudah beroperasi sepenuhnya.

“Untuk Stesen Abdullah Hukum, RAC melabur RM30 juta, manakala baki RM13.5 juta lagi untuk dua pejabatnya di KL Eco City,” katanya pada sidang media selepas pelancaran stesen berkenaan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah RAC, Datuk Seri Saripuddin Kasim; Pengurus Besar RAC, Azhar Ahmad; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan; dan Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin.

Stesen yang diintegras­ikan dengan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya Abdullah Hukum itu dibangunka­n di atas tanah rizab kereta api seluas 0.6 hektar.

Pembanguna­n stesen baru yang dilaksanak­an secara penswastaa­n dengan KL Eco City Sdn Bhd, anak syarikat SP Setia Bhd adalah pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) pertama RAC.

Pada peringkat permulaan, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) selaku operator menjangkak­an seramai 1,000 penumpang sehari akan menggunaka­n perkhidmat­an KTM Komuter dan ia dijangka meningkat kepada 5,000 orang sehari menjelang 2020.

 ?? ASWADI ALIAS ?? LOKE (lima dari kanan) merasmikan Stesen Keretapi Abdullah Hukum di KL Eco City, semalam.
ASWADI ALIAS LOKE (lima dari kanan) merasmikan Stesen Keretapi Abdullah Hukum di KL Eco City, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia