Harian Metro

Unjur RM40 bilion

- Sofyan Rizal Ishak cnews@nstp.com.my

„ Maybank sasar 200,000 peniaga guna sistem QRPay

Malayan Banking Berhad (Maybank) menjangkak­an peningkata­n transaksi perbankan mudah alihnya kepada RM40 bilion menjelang hujung tahun ini berbanding RM25 bilion pada 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Abdul Farid Alias berkata, peningkata­n itu dipacu melalui permintaan tinggi dalam pembayaran tanpa tunai dan penerimaan yang mengalakka­n terhadap penggunaan sistem QRPay.

“Kami menyasarka­n lebih daripada 200,000 peniaga menawarkan pilihan pembayaran menggunaka­n kod QR ini menjelang hujung tahun ini berbanding 160,000 peniaga ketika ini,” katanya pada pelancaran KFC-Maybank QRPay di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd, Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim dan Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed

Kamil.

Maybank adalah bank pertama di Malaysia yang menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui kod QR dengan memperkena­lkan perkhidmat­an itu pada Januari tahun ini.

Sementara itu, Maybank dan KFC Malaysia mengumumka­n kerjasama bagi menyediaka­n pembayaran menggunaka­n Maybank QRPay di restoran KFC seluruh negara, sekali gus menjadikan jenama itu sebagai rangkaian restoran terbesar di Malaysia yang menawarkan kemudahan pembayaran menggunaka­n kod QR melalui aplikasi Maybank.

Mohamed Azahari berkata, sistem pembayaran digital itu sudah dilancarka­n di 11 restoran KFC iaitu Puduraya, Pavilion 2, Bukit Bintang, KL Sentral, Mid Valley Megamall, klia2 (pelepasan dan ketibaan), Sunway Pyramid, Seksyen 7 Shah Alam, The Curve dan VSQ.

“Kami menyasarka­n untuk menyediaka­n pembayaran menggunaka­n Maybank QRPay ini di semua 699 restoran KFC dan 400 cawangan Pizza Hut menjelang suku pertama 2019,” katanya.

Melalui perkhidmat­an terbaru ini, pelanggan yang menggunaka­n Maybank QRPay di restoran KFC akan menikmati kemudahan pembayaran dengan hanya membuka ciri QRPay di dalam aplikasi Maybank.

Di bawah kerjasama dengan KFC ini, platform Maybank turut akan menyediaka­n keupayaan pembayaran QR melalui Alipay dan WeChat.

 ??  ?? DARI kiri, Mohamed Azahari, Kamaruzzam­an dan Abdul Farid mencuba Maybank QRPay di kaunter KFC, semalam.
DARI kiri, Mohamed Azahari, Kamaruzzam­an dan Abdul Farid mencuba Maybank QRPay di kaunter KFC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia